Kerajaan perlu pertimbangkan pendaftaran pengundi  automatik

Kerajaan perlu pertimbangkan pendaftaran pengundi automatik

Pemuda AMANAH berpandangan sudah tiba masanya untuk Malaysia merombak kaedah pendaftaran pemilih, daripada manual kepada automatik yang efisien,kata Pemuda Amanah.

Naib Ketua Pemuda Shazni Munir Mohd Ithin berkata, selain mengurangkan birokrasi yang tidak perlu, kaedah ini dilihat lebih efisien berbanding kaedah pendaftaran manual yang diamalkan sekarang.

” Pemuda AMANAH mendokong usaha Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA) yang mengadakan kempen #Undi18, suatu usul kepada Parlimen Malaysia untuk mendesak 18 tahun sebagai umur minimum pemilih atau pengundi.

“Pendirian ini sejajar dengan tuntutan yang telah dibuat Pemuda AMANAH dalam banyak perbincangan dengan pihak kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.
Dokongan anda akan menjadi petisyen yang bakal mengukuhkan suara ke arah mewujudkan kaedah demokrasi yang lebih inklusif dan menyeluruh,” jelasnya.

Beliau mengulas mengenai usaha MSGA untuk membawa usul ke Parlimen mendesak usia 18 tahun sebagai umur minimum dibolehkan menjadi pengundi.

Bagi menyuarakan sokongan terhadap kempen #Undi18 ini, masyarakat awam boleh terus ke pautan berikut; http://tinyurl.com/undi18.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS