Kerajaan tidak peduli isu kanak-kanak tanpa kerakyatan, kata Anwar

Kerajaan tidak peduli isu kanak-kanak tanpa kerakyatan, kata Anwar

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan tidak peduli mengenai masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan di Malaysia.

“Kerajaan tidak menunjukkan minat atau tekad politik untuk menyelesaikan perkara ini. Amat memalukan apabila kanak-kanak tanpa kerakyatan ini perlu mengambil tindakan undang-undang dan membuat proses rayuan hanya untuk mendapat hak sebagai warganegara.

“sementara proses perundangan perlu berjalan, saya terkejut apabila sejumlah besar kanak-kanak tanpa kerakyatan ini masih tidak menikmati hak asasi itu,” katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Persekutuan Isnin lalu membenarkan rayuan bagi permohonan tiga kes berbeza kanak-kanak tanpa kerakyatan, berhubung ibu bapa kandung dan angkat yang mahu mahkamah menentukan syarat dalam memberikan kerakyatan kepada mereka yang terkesan.

{loadposition myposition}

Ini adalah kali pertama mahkamah tertinggi itu akan memutuskan mengenai isu tanpa kerakyatan, berdasarkan soalan undang-undang.

Anwar berkata, kebanyakan kes itu dihadapi oleh masyarakat India.

“Rancangan 10 tahun Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancarkan gilang-gemilang oleh perdana menteri tidak bermakna apabila isu hak asasi seperti kerakyatan masih tidak selesai,” katanya.

Pelan yang dilancarkan April itu memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk menyelesaikan isu yang dihadapi masyarakat India di negara ini, antaranya meningkatkan taraf sosial dan menyelesaikan masalah kewarganegaraan.

CATEGORIES
TAGS