Pas tolak permintaan Bersatu, akan pertahan kerusi tradisinya

Pas tolak permintaan Bersatu, akan pertahan kerusi tradisinya

Pas akan mempertahankan kawasan pilihan raya yang secara tradisi ditandingi parti itu dan tidak akan bekerjasama dengan parti politik yang hanya pandai mengambil kesempatan, kata timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas akan mempertahankan kawasan pilihan raya yang secara tradisi ditandingi parti itu dan tidak akan bekerjasama dengan parti politik yang hanya pandai mengambil kesempatan, kata timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pintu Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti baru yang sudi memperjuangkan matlamat yang selari dengan Gagasan Sejahtera dan membawa nilai tambah kepada semua parti anggota dan juga rakyat.

Bagaimanapun katanya, parti yang ingin dijalinkan kerjasama “bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata”.

“Setakat ini Pas akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada.

“Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Untuk itu, katanya, Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan, keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti.

“Insya-Allah di atas kesungguhan dan keikhlasan ini beserta strategi kerja yang tersusun dan istiqamah dalam usaha memperbaiki kekurangan, kita yakin Allah akan mengurniakan kemenangan kepada perjuangan ini,” kata Tuan Ibrahim.

Ketika berucap di depan pemimpin dan penyokong Pas di Kemaman, Terengganu, Presiden Parti Pribumi Sejahtera Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan Pas termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

“Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi Pas tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.

“Kita akan pastikan Umno tewas dan kita menang dan membentuk kerajaan bersama,” kata Muhyiddin ketika berceramah di pentas Pas buat pertama kali itu.

Menurut Tuan Ibrahim, keghairahan untuk bertanding tanpa didokongi oleh jentera dan petugas parti sendiri tidak akan mampu bertahan lama apatah lagi apabila ghairah untuk mendapatkan kerusi sahaja.

“Pas kini bersama Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan dan masih bertahuluf dengan PKR.

“Oleh itu, Pas akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain,” katanya.

Katanya, apa bentuk kerjasama baru dengan mana-mana parti baru mesti dapat diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera sebagaimana yang telah dipersetujui dalam muafakat yang telah dimeterai.

“Oleh itu, sebarang ura-ura kerjasama Pas bersama mana-mana parti baru adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi bersama Gagasan Sejahtera,” katanya.

 

TAGS