Kerjasama Umno-Pas:  Ahli Umno masih kabur dakwa pimpinan bahagian

Kerjasama Umno-Pas: Ahli Umno masih kabur dakwa pimpinan bahagian

Ahli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur mengenai kerjasama yang terjalin antara Umno dan Pas, kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Mohd Zaidi Mohd SaidAhli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur mengenai kerjasama yang  terjalin antara Umno dan Pas, kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Beliau berkata ahli dan pimpinan dari setiap peringkat majoritinya mengharapkan kerjasama Umno-Pas bukan setakat kerjasama Melayu dan Islam semata-mata malah perlu dilaksanakan juga usaha ke arah kerjasama politik.

“Kita dalam keadaan tergantung (kurang jelas) pakatan yang bagaimana Umno dengan Pas ini.

“Atau ia hanya cakap-cakap politik presiden Umno semata-mata kerana kami tidak tahu dan pasti sama ada Pas itu ikhlas atau tidak dengan Umno atau hanya ritorik?,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Ditanya sejauh mana kefahaman ahli terhadap kerjasama Umno-Pas ini?

Mohd Zaidi yang mesra di panggil cikgu Zaidi berkata, majoriti orang Melayu mengharapkan kerjasama ini untuk mengurangkan perpecahan dalam masyarakat dikalangan orang Melayu.

“Saya percaya majoriti orang Melayu harap kerjasama ini untuk mengurangkan perpecahan dalam masyarakat kita.

“Namun saat ini ia berlaku hanya secara kefahaman semula jadi tanpa ada sebarang pencerahan oleh pimpinan atasan parti.

“Akar umbi dan pimpinan bahagian tidak tahu hala tuju kerjasama ini secara rasmi, namun kami semua lihat secara positif jika itu kehendak presiden,” ujarnya.

Adakah kerjasama politik yang dinginkan atau hanya untuk merapatkan barisan orang Melayu yang kini berpecah kepada empat parti selepas Umno iaitu Pas,PKR, Amanah dan PPBM?

“Kalau Umno boleh bekerjasama dengan pelbagai parti (BN) kenapa dengan Pas tak boleh pula?

“Kerjasama tidak semestinya Pas itu mesti masuk BN tapi yang penting persefahaman antara dua parti Melayu terbesar itu penting dalam isu-isu membabitkan umat Melayu-Islam,” jawabnya yang amat bersetuju Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan sekali lagi bersama menunjukkan solidariti mereka terhadap kesengsaraan etnik muslim Rohingya pada satu majlis yang akan diadakan pada Ahad ini.

Ucapan dasar presiden  kepada kelompok ‘bangsa DAP’ bukan  orang Cina

Cikgu Zaidi juga tidak menafikan ucapan dasar presiden semalam turut tidak disenangi di kalangan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan walaupun ditujukan kepada DAP.

Namun beliau menegaskan, kenyataan ucapan dasar Najib itu hanya ditujukan kepada kelompok “bangsa DAP” bukan kelompok “bangsa Cina” dari parti komponen BN.

“Kita (Umno) istilahkan mereka ini ‘bangsa DAP’ berbanding kaum Cina yang ada seluruh negara ini.

“Bukan rahsia lagi dalam komponen BN tentang hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi negara.Mereka (BN) tidak perdebatkan apa yang telah lama ada dalam kontrak sosial.

“Cuma Umno sejak akhir-akhir ini agak kecewa apabila MCA,MIC dan Gerakan seakan senada dengan DAP terutama dalam isu RUU 355 yang mana kita tahu taktik parti pembangkang ini memainkan politik perpecahan.

“Dengan semangat BN mereka sepatutnya tidak boleh condong ke arah pemikiran dan tindakan DAP untuk bercakap soal Islam tanpa pencerahan daripada Pengerusi BN.

“Ya betul orang kata PM Najib ini bercakap berbau perkauman dalam ucapan dasarnya, tetapi hal ini tidak boleh nak elak, kita bercakap secara terbuka dalam dewan yang terbuka kepada semua ahli BN yang dijemput hadir…cuma orang luar mempolitikkannya,” ujarnya.

TAGS