Kerjasama Umno-Pas hanya mengenai isu tertentu, kata KJ

Kerjasama Umno-Pas hanya mengenai isu tertentu, kata KJ

Kerjasama Umno-Pas hanya wujud dalam isu-isu tertentu, terutamanya yang memberi kesan kepada Islam dan umat Islam, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Khairy Jamaluddin Kerjasama Umno-Pas hanya wujud dalam isu-isu tertentu, terutamanya yang memberi kesan kepada Islam dan umat Islam, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

 Beliau berkata Umno-Pas bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu seperti krisis Rohingya di Myanmar dan usul rang undang-undang 355 oleh Presiden Pas Datu kSeri Abdul Hadi Awang untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah.

“Terdapat keikhlasan antara kepimpinan Umno dan Pas dan ia telah membuka laluan antara presiden kedua-dua parti untuk mereka berbincang isu-isu ini.

“Tetapi ini tidak bermakna ia satu kerjasama rasmi.Kami hanya bekerjasama dalam isu-isu tertentu terutamanya memberi kesan kepada masyarakat Melayu Islam atau isu-isu antarabangsa seperti Rohingya,” katanya kepada media selepas melawat pusat media pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Apabila ditanya tentang kemungkinan wujud pakatan dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya. Khairy berkata,  ia adalah “spekulatif” semata-mata.

“Ia berkemungkinan, berkemungkinan tidak… bahawa kita akan mempunyai pakatan pilihan raya secara rasmi dengan Pas tetapi kita boleh bekerjasama dalam isu-isu tertentu.

“Apa yang berlaku seterusnya, kita perlu mengkaji implikasi terhadap Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang juga Presiden Umno, akan berkongsi pentas dengan Hadi dalam perhimpunan besar-besaran untuk membantah kekejaman terhadap Rohingya di Myanmar pada Ahad ini yang akan diadakan di Tasik Titiwangsa jam 8 pagi.

TAGS