Kerjasama Umno-Pas tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT?

Kerjasama Umno-Pas tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT?


Kerjasama Umno-Pas sebenarnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak ia mula disebut oleh  Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak hampir setahun lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Zaharin Mohd Yassin Kerjasama Umno-Pas sebenarnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak ia mula disebut oleh  Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak hampir setahun lalu.

Perkara ini didedahkan Timbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa, kerjasama yang diuar-uarkan itu hanya berlaku antara Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan membabitkan parti.

“Kerjasama Umno-Pas ini sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan parti masing-masing walaupun ia berkaitan Melayu dan Islam.

“Umno-Pas tidak boleh bekerjasama.

“Yang ada kerjasama itu sebenarnya antara Najib dan Hadi bukan Umno dan Pas…itu kehendak pemimpin.

“Sebab itu sehingga hari ini kerjaasama ini tidak pernah dibawa berbincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Bahkan dakwanya lagi, oleh kerana kedua pemimpin menyedari akan hal itu, antara sebab ujarnya, Hadi sehingga kini tidak menyatakan pendiriannya berkaitan kerjasama parti itu dengan Umno.

“Najib dan Umno pun tidak pasti apa pendirian Hadi dalam kerjasama ini sebab itu tiada dibincang dalam mesyuarat MT.

“Walaupun Pas tidak berada dalam Pakatan Harapan, dia masih lagi cium ‘bau busuk’ Pakatan Harapan di Selangor. Itu sebab Umno jangan ditipu…kecuali ada perjanjian dengan Pas.

“Pas juga tidak buat pendirian jelas untuk bekerjasama dengan Umno..ini semua (kerjasama Umno-Pas) macam ‘pakatan haram’ hanya cakap politik kedua pemimpin parti,” ujarnya.

Ditanya pula tentang parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini sedang bergerak bersama Pakatan Harapan untuk bergabung menentang BN bercadang mengunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon dalam pilihan raya akan datang.

Zaharin yang juga bekas Setiausaha Bahagian Umno Bandar Tun Razak berpengalaman 40 tahun dalam parti berkata, adalah wajar sekiranya PKR,DAP,Amanah dan PPBM untuk bersatu.

Tetapi adalah tidak wajar danlogik ujarnya, jika ada pihak berpandangan Umno dan Pas turut akan jalin kerjasama politik bagi berhadapan dengan gabungan pakatan itu kelak.

“Pakatan Harapan dan PPBM mereka musuh boleh bergabung…dalam sistem peperangan musuh bertentangan bergabung melawan musuh yang sama.

“Sebaliknya tidak mungkin Pas akan bergabung dengan Umno untuk menyerang sekutunya PKR dan PPBM..sudah pasti tidak akan berlaku,” ujarnya.

Malah katanya pandangan sebahagian pemimpin Umno bahawa kerjasama Umno-Pas dalam kepentingan Melayu, Islam dan politik hanya dikalangan pemimpin yang merasakan parti itu dalam keadaan terdesak.

“Hanya orang yang rasa terdesak saja cakap begitu,” ujarnya.

Kerjasama Pas-Umno ini mula diperkatakan selepas Najib dan Hadi bertemu dalam Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember 2015 lalu.

Di multaqa itu juga tujuh resolusi dimuktamadkan antaranya menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno.

TAGS