Kesempitan hidup punca bunuh anak sebelum bunuh diri

Kesempitan hidup punca bunuh anak sebelum bunuh diri

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dalam sebuah keluarga, pasti ramai yang inginkan sebuah kehidupan yang terbaik bersama isteri dan anak-anak.

Namun dalam institusi kekeluargaan itu terdapat seorang ketua keluarga yang akan membanting tulang mencari rezeki untuk menyara hidup keluarganya.

Begitulah yang apa yang dilakukan oleh mendiang R. Pubalan dalam menjalani hidupnya seharian hanya untuk memenuhi kehendak keluarganya.

Tapi apakan daya, siapa sangka usaha R. Pubalan itu berakhir dengan jalan terakhir yang diambil beliau dengan membunuh semua ahli keluarganya serta membunuh dirinya sendiri.

Pubalan adalah seorang peniaga minuman, yang mengharapkan sebuah kebahagiaan untuk hidup dalam keadaan yang cukup segalanya. Dari asalnya perniagaan beliau bertapak menumpang sehinggalah beliau berjaya mengadakan premis beliau sendiri.

Kegigihan anak negeri Perak itu membuatkan keluarganya percaya dengan kebolehannya yang menjadi ketua keluarga bagi menyara keluarga tersebut. Siapa tahu perkara itu tidak berpanjangan setelah kejayaan yang dikecapi itu, badai mula melanda dengan kegigihan beliau direntap.

Ketidakstabilan ekonomi negara, kos harga barang yang melambung, GST dan kejatuhan mata wang adalah faktor utama yang pastinya menggugat keadaan ekonomi dalam bidang perniagaan. Pubalan mula mengalami masalah dari segi kewangan.

Segala air mata, keringat dan harapan telah diberikan untuk beliau menyambung hidup dalam keadaan yang mula menekan beliau. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga, apabila beliau mendapat khabar isteri tersayang beliau mengalami masalah kesihatan yakni masalah buah pinggang yang tidak berfungsi.

Pubalan terpaksa menyediakan kos yang tinggi untuk beliau menampung perubatan isterinya. Dalam samar-samar hidup, kesusahan yang dialami Pubalan dilihatnya tidak ada akhirnya, Pubalan mula mengambil keputusan untuk membuat ikhtiarnya yang terakhir.

Malam 6 Oktober 2017 menjadi saksi, Pubalan mengambil keputusan untuk menamatkan segala kesusahan, kesempitan dan kepayahan hidup yang dialaminya sekeluarga, Pubalan telah melakukan suatu tindakan yang sadis apabila beliau telah membunuh isterinya serta dua orang anaknya sebelum mengantungkan dirinya sendiri.

Dalam surat yang ditinggalkan Pubalan, beliau telah menceritakan segalanya. Dalam perancangan asal beliau, Pubalan tidak sanggup untuk membunuh anak-anaknya namun Pubalan menyatakan dalam suratnya itu yang mana dalam negara ini tidak ada tempat yang baik untuk anak-anak yatim maka langkah Pubalan turut dengan menamatkan riwayat anaknya.

Sememangnya, kesempitan hidup mulai dirasai oleh rakyat di negara ini. Pubalan adalah mangsa daripada kesusahan rakyat yang sedang berlaku teruk di dalam negara ini dan ini adalah sebuah kisah yang berlaku di Mutiara Rini Johor Bahru.

*Gambar – Jevan Supramaniam, Ketua Biro Kaum India AMANAH Negeri Johor ketika melawat mangsa (mendiang Pubalan)

CATEGORIES
TAGS