Kesesakan di pintu masuk ke Singapura perlu selesai segera

Kesesakan di pintu masuk ke Singapura perlu selesai segera

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Adun Senai, Wong Ong Qi mahu langkah segera diambil bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang kian teruk di pintu masuk ke Tambak Johor buat masa ini.

“Kami amat setuju dengan titah Tuanku Sultan bahawa kesesakan lalulintas Tambak Johor dan Linkedua perlu diselesaikan segera.

Kami juga mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh Jabatan Imigresen, iaitu memastikan semua pegawai bertugas pada waktu puncak,” katanya dalam satu
sidang akhbar Dun Johor hari ini.

Walaubagaimanapun, beliau berpendapat bahawa ini cuma penyelesaian jangka masa pendek.

Menurut jawapan di Dun semalam katanya, Jabatan Imigresen Johor mempunyai jumlah 2,016 orang anggota seluruh negeri. Iaitu 1,249 orang di Bangunan
Sultan Iskandar (Johor Bahru), 532 orang di Kompleks Sultan Abu Bakar (Gelang Patah), 216 orang di semua pintu masuk laut, serta 19 orang di pintu masuk
udara.

Antara semua pegawai ini katanya, 1,781 orang anggota bertugas di dua pintu masuk darat telah dibeku cuti memandangkan kesesakan lalulintas teruk di dua
jabatan. Ini cuma boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas tersebut secara jangka masa pendek, kerana cuti mereka tidak boleh dibeku selama-
lamanya.

Beliau seterusnya mengemukakan cadangan supaya penyelesaian berikut segera dilaksanakan seperti mengadakan Tambak Johor serta membina satu
Walkalator/Travellator berbumbung, menurunkan kadar tol lori di pintu masuk Gelang Patah menggalakkan lebih banyak syarikat logistik mengguna Linkedua;
Meninjau reka bentuk Bangunan KIK Johor Bahru; berunding serius dengan pihak Singapura untuk mempermudahkan proses di pintu utam dan menyegerakan
pelan Induk Pengangkutan Awam Johor dibentang dalam dewan.

Beliau berkata pihaknya faham bahawa Pelan Induk Pengangkutan Awam negeri Johor akan siap pada tahun ini, tetapi berharap pelan induk tersebut dibentang
dalam dewan negeri agar ianya boleh dibahas dan diperbaiki sebelum dilaksanakan.

Berkaitan perkhidmatan Bas Muafakat, ia perlu ditawar ke seluruh negeri Johor dimana buat masa ini, Perkhidmatan Bas Muafakat cuma ditawar oleh empat PBT
terletak dalam Wilayah Iskandar. Kami berpendapat rancangan ini tidak mencukupi dan mengabaikan penduduk-penduduk kawasan lain.

“Perbadanan Pengangkutan Awam Johor seharusnya melancarkan perkhidmatan ini secepat mungkin di daerah lain agar lebih ramai rakyat dimanfaatkan,”
katanya.

Beliau mahu menubuhkan satu Jawatankuasa pengangkutan yang “bi-partisan” memandangkan isu pengangkutan diambil berat oleh semua orang.

“Kami berharap satu jawatankuasa pengangkutan bersifat bi-partisan boleh ditubuhkan agar dasar-dasar pengangkutan boleh dirunding lebih terperinci oleh
Dewan Undangan Negeri,” katanya.

TAGS