Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang, kata Anwar

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

“Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama,” ujarnya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  buat pertama kali telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2016 lalu selepas 18 tahun kedua pemimpin itu bermusuhan di pentas politik tanahair.

Rentetan itu berlaku pertemuan antara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila Dr Siti Hasmah mengunjungi Dr Wan Azizah di kediamannya di Segambut pada 7 November tahun lalu.

Pada Disember Bersatu telah menandatangi perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan terkini pada Selasa lalu, Bersatu mengumumkan kemasukan parti serpihan Umno itu dalam gabungan Pakatan Harapan.

TAGS