Kesudian Pengerusi SPR benar wakil calon tidur dalam lokap jaga peti undi disokong

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Anggota polis termasuk dalam kategori pengundi awal.

Invoke menyambut baik saranan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan wakil calon parti-parti yang bertanding bagi tidur di dalam lokap untuk menjaga peti undi.

Sehubungan itu pengasas Invoke Rafizi Ramli akan menulis surat rasmi kepada Tan Sri Mohd Hashim untuk menyatakan minat Invoke menempatkan wakil-wakil calon bagi menjaga peti undi di balai polis walaupun mereka terpaksa bermalam di dalam lokap.

“Saya berharap SPR tidak menarik balik tawaran ini,” katanya.

Rafizi mengulas kenyataan Mohd Hashim yang disiarkan akhbar Sinar Harian 6 Dis lalu bahawa “SPR tidak mempunyai halangan jika ada pihak yang mahu tidur bersama tong kertas undi dalam lokap”.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, para pengundi dari kalangan anggota keselamatan akan membuang undi beberapa hari lebih awal (dirujuk sebagai pengundi awal) dan peti undi itu akan disimpan di balai polis sebelum dikeluarkan untuk dibawa bagi pengiraan pada hari pengundian.

“Sebelum ini, ada kerisauan munasabah bahawa proses menyimpan peti undi di balai polis selama beberapa hari tanpa ada wakil dari calon boleh membuka ruang kepada penipuan dan pelbagai manipulasi.

“Sebab itu, saya mengalu-alukan kesediaan SPR untuk mengubah prosedurnya bagi membenarkan wakil-wakil calon berada di balai polis sepanjang masa supaya peti-peti undi awal ini tidak dibuka, dipinda atau dimanipulasi.

“Memandangkan Invoke di bawah kelolaan saya memang sedang rancak melatih Ejen Tempat Mengundi/Ejen Mengira Undi (PACA) untuk ditempatkan di pusat-pusat mengundi di kerusi marginal di seluruh negara, saya akan mula menyusun supaya ada sukarelawan Invoke yang menjadi PACA bertugas menjaga peti undi di dalam lokap sepanjang beberapa hari sebelum pengiraan berlaku,” katanya.

Menurut Naib Presiden PKR itu, isu kebebasan SPR dalam mengendalikan PRU14 adalah perkara yang merisaukan banyak pihak.

Beberapa perkembangan terkini, jelas beliau termasuk pemindahan pengundi-pengundi yang didaftarkan pada satu alamat yang sama, atau pemindahan pengundi awal di kem tentera yang belum siap, menambahkan lagi kecenderungan rakyat bahawa perkara-perkara ini berlaku untuk memberi kelebihan kepada BN.

Beliau menambah, terdapat enam kerusi parlimen marginal yang keputusannya bakal ditentukan oleh anggota keselamatan yang akan mengundi secara undi awal iaitu Teluk Kemang, Lumut, Setiawangsa, Tambun, Merbok dan Segamat.

9.6
OVERALL SCORE
: 8.0
4 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS