Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.

Dalam wawancara dengan akhbar mingguan Amanah, bekas pengarah Intitut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, pendapatan negara sekarang jauh lebih kecil dari perbelanjaannya.

Dalam masa yang sama, katanya, hutang negara kini mencecah 55% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) yang menyebabkan rating Malaysia rendah di pasaran antarabangsa.

Kesannya, kata beliau, kos yang tinggi perlu dibayar oleh negara jika mahu berhutang di luar negara bagi menampung keperluan perbelanjaan tempatan.

Ekoran itu, beliau menjangkakan pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini.

“Kerajaan tidak akan adakan pilihan raya dalam masa yang terdekat kerana mereka akan kalah kerana mereka tidak boleh berbelanja,” kata Kamal Salleh dalam wawancara khasnya dengan akhbar mingguan Amanah.

Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti dalam akhbar itu yang berada di pasaran sekarang.

Sebelum ini, akhbar mingguan itu juga melaporkan, pilihan raya tidak boleh diadakan pada waktu terdekat ekoran pembekuan dana 1MDB yang berada di luar negara ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika terhadap dana 1MDB.

Menurut akhbar itu,  pilihan raya umum (PRU) terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan walaupun sebelum ini ada pihak menggesa kerajaan supaya mengadakan PRU segera ekoran kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Semenanjung iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

TAGS