Khairuddin bidas Shahruddin: ‘Timing’ belum kena, elak singgung perasaan Pakatan Harapan

Khairuddin bidas Shahruddin: ‘Timing’ belum kena, elak singgung perasaan Pakatan Harapan

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan di buat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin berpotensi untuk jawatan perdana menteri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan di buat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin berpotensi untuk jawatan perdana menteri.

Beliau berkata Dr Shahruddin tidak wajar pada waktu ini untuk bercakap siapa bakal jadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya tumbangkan Umno-Barisan Nasional kelak.

Dalam kenyataan dikeluarkan Khairuddin turut menasihati Adun Jorak itu agar mengelak sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan antara Pakatan Harapan.

“Saya juga ingin nasihatkan setiausaha agung parti Bersatu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang bakal menyinggung perasaan rakan-rakan kita yang lain dari Pakatan Harapan seterusnya juga mungkin akan mengeruhkan suasana ikatan perpaduan yang terjalin sesama kita pada waktu ini.”

Beliau mengulas kenyataan dibuat Dr Shahruddin dipetik berkata, calon berpotensi pakatan pembangkang untuk jawatan perdana menteri adalah Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keterbatasan Datuk Seri Anwar Ibrahim  di sudut perundangan negara menjadi faktor penghalang bekas ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Datuk Seri Mohd Najib  seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini melalui temubual eksklusif diadakan dengan Shahruddin.

Bagaimanapun hanya dua jam selepas laporan itu disiarkan  Khairuddin membuat kenyataan balasnya menerusi whatappsnya kepada Malaysia Dateline, yang turut menyiarkan laporan tersebut menjelaskan, masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk Shahruddin bercakap mengenainya (jawatan Perdana Menteri) pada saat ini.

“Pertamanya, Bersatu dengan Pakatan Harapan harus susun strategi dan gerak-kerja untuk menang dalam pru 14 terlebih dahulu. Ini sepatutnya menjadi fokus utama kita!! Bukan bercakap pasal jawatan!!

“Keduanya, kenyataan setiausaha agung parti Bersatu boleh melemahkan ikatan perpaduan sesama ahli-ahli Pakatan Harapan kerana kenyataan serupa ini kemungkinan akan mengundang perasaan tidak selesa di kalangan pemimpin-pemimpin dari parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” ujarnya.

Khairuddin yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi lebih menumpukan dan memantau perkembangan Bersatu berkata, matlamat serta fokus masa kini di kalangan pakatan pembangkang adalah untuk menjatuhkan perdana menteri terlebih dahulu.

“Pada hemat peribadi saya, kenyataan-kenyataan mengenai siapa bakal jadi perdana menteri jangan dibincangkan terlebih dahulu. Sesungguhnya, ‘timing’ belum sesuai.

“Apa yang penting bila menang PRU14 kelak perkara memilih calon mestilah dibincangkan di peringkat tertinggi pemimpin-pemimpin dari Pakatan Harapan untuk mendapat persetujuan secara konsensus ataupun bersama.

“Barulah sesuai untuk berbincang mengenai pemilihan calon siapa yang bakal jadi perdana menteri.” ujarnya.

TAGS