Khairy hipokrit mahu bahas isu Rohingya di PBB, tolak di Parlimen, kata Raja Bahrin

Khairy hipokrit mahu bahas isu Rohingya di PBB, tolak di Parlimen, kata Raja Bahrin

Gesaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memanggil sidang tergempar bagi membahaskan isu Rohingya amat aneh dan berbau hipokrasi, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH(Gambar kanan)  berkata, beliau sebelum ini pernah membawa usul ke Parlimen membahaskan isu pembunuhan etnik Rohignya tetapi ditolak oleh Speaker Parlimen dan tidak disokongan dikalangan ahli Umno-BN dan Pas.

” Tidak seorang pun ahli Umno-BN atau Pas menyokong usul tersebut. Mereka semua berdiam diri. Hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan sahaja berdiri mendesak usul tersebut di terima.

“Sekarang seolah ingin menjadi juara pula, Khairy minta PBB di New York panggil sidang khas sementara sidang biasa Parlimen Malaysia sendiri yang sedang bersidang dahulu tidak dibenarkan perbahasan.

“Apakah sandiwara serta hipokrasi untuk memainkan isu tragedi umat Rohingya yang sedang dibunuh beramai-ramai di PBB yang jauh di New York sementara di Dewan Parlimen Malaysia sendiri perbahasan ditolak.,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata,dunia tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pembunuhan etnik ini terus berlaku saban tahun dengan bantahan demi bantahan dilakukan tanpa sebarang penyelesaian muktamad.

Justeru beliau menggesa PBB perlu mengadakan satu sidang khas tergempar bagi mencari penyelesaian muktamad berhubung krisis kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.

Raja Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sewajarnya Khairy menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ke Washington dijangka 12 September ini untuk bertemu Trump disaat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sedang menyiasat 1MDB serta MO1.

{loadposition myposition} Sedangkan ujarnya lagi, Paderi besar Vatican Pope Francissedang merancang untuk ke Myanmar bagi menyelesaikan isu Rohingya.

“Khairy patut menasihati bosnya sendiri untuk memperbetulkan keutamaan tanggungjawab serta prioritinya terhadap umat Islam yang sedang dibunuh beramai ramai di Negara jiran,” ujarnya yang turut mempertikaikan tindakan sebuah NGO iaitu Global Movements of Moderates yang diasaskan oleh Najib sendiri apabila golongan ektremis kaum dan agama di Myanmar menjalankan pembersihan ethnik di negara jiran.

Tambahnya lagi,”kalau Ketua Negara Islam yang jauh seperti Presiden Erdogan dari Turki serta Pemimpin utama Iran sedang bersiap sedia menghantar bantuan rasmi kepada kaum Rohingya yang sedang di korbankan oleh junta Myanmar, Najib lagi berminat bersiap sedia melawat Trump seorang yang telah menunjukkan sikap perkauman dan anti Islam itu.

“Dimanakah keperhatinan Najib tentang kesengsaraan kaum minority Rohingya? Kalau di Parlimen sendiri tidak mahu dibahaskan kenapa hendak menjuarai di PBB pula?

“Seminggu selepas usul Rohingya ditolak di Parlimen, Umno dan Pas berhimpun di Stadium mini Titiwangsa untuk menjurai isu yang sama. Untuk menjadi konsisten Khairy patut menasihati Najib selepas beliau mengadap Trump di Washington ,beliau patut mengadakan perhimpunan bukan di bangunan PBB tetapi di Stadium Super bowl di New York bersama wakil wakil PBB dan Umno,” bidasnya.

Dengan cara ini Umnp ujarnya, akan terus kelihatan menjurai isu Rohingya walaupun umat Islam Rohingya terus dibunuh dan disembelih.

Bahkan Raja Bahrin turut mencabar Khary menuntut Persidangan Khas Parlimen Malaysia isu Rohingya sebelum menuntut PBB memanggil sidang Khas di New York.

“Dahulukan yang wajib ditempat sendiri sebelum yang sunat di tempat orang. Itulah yang di tuntut olih Islam untuk melakukan sesuatu dengan keikhlasan dan bukan lebih bermotifkan politik kepartian,” tegasnya.

CATEGORIES
TAGS