Khaled lemah kawal perhimpunan rakyat, kata Mat Sabu

Khaled lemah kawal perhimpunan rakyat, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan rasa kesalnya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khaled Abu Bakar dakwanya, melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat yang membabitkan dua kumpulan antara peserta Konvoi Bersih 5 dan Geng Baju Merah, Sabtu lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan rasa kesalnya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khaled Abu Bakar dakwanya, melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat yang membabitkan dua kumpulan antara peserta Konvoi Bersih 5 dan Geng Baju Merah, Sabtu lalu.

Beliau berkata pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, memelihara keamanan sama ada rakyat ataupun negara,

“Sebarang himpunan untuk mengisytiharkan ianya haram, untuk menyuraikan ataupun membenarkan, ianya di tangan polis. Pihak polis lah yang berkuasa.

“Jikalau peserta perhimpunan tidak berpuasa hati dengan pihak polis, akhirnya mereka bertarung di mahkamah untuk mendapat kebenaran.

“Selama ini, tidak ada mana-mana pihak menyuraikan himpunan pihak lain, tetapi kebelakangan ini, saya amat kesal, Ketua Polis Negara melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat.

“Sebaliknya pihak Baju Merah menentukan sama ada perhimpunan itu haram atau halal, menyuraikan suatu kumpulan yang lain di tangan Baju Merah,’ dakwanya.

Tan Sri Khaled Abu BakarBeliau mempersoalkan Khaled yang dianggap lemah melaksanakan kuasa polis sedia ada dalam peruntukan undang-undang.

“Kenapa Ketua Polis Negara begitu lemah sekarang ini, untuk menjaga keamanan, menegakkan perlembagaan, melindungi sekelian rakyat dibawah kuasa polis. Bukan mana-mana pihak, berhak menyuraikan himpunan mana-mana pihak.

“Apa yang berlaku di Teluk Intan baru-baru ini melambangkan kelemahan Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia.

“Saya mengharapkan pihak polis memperbaiki keadaan mereka, sebaliknya menjadi pelindung kepada rakyat yang bertindak secara tangan kosong, himpunan aman, perarakan, semua itu hendaklah dilindungi oleh pihak polis.

“Jikalau ada kesalahan di sudut undang-undang, pihak polis boleh mengambil tindakan dan mendakwa mereka di Mahkamah yang selama ini berjalan, kedaulatan undang-undang itu.

“Apa yang berlaku di Teluk Intan, baju merah cuba menyuraikan baju kuning, satu tindakan permulaan malapetaka keamanan Malaysia.

“Polis bertanggungjawab sepenuhnya keadaan yang berlaku sekarang dan pada masa akan datang,” katanya.

Pada Sabtu lalu, berlaku kekecohan membabitkan dua kumpulan antara penyokong Baju Merah dan Baju Kuning di Teluk Intan.

Bagaimanapun pihak polis didakwa membiarkan tindakan geng Baju Merah tanpa melakukan sebarang tindakan biarpun menyedari perbuatan kumpulan itu melanggar undang-undang dalam perhimpunan diadakan.

TAGS