Khalid, Tajuddin, bertikam lidah pasal “Kok” di Parlimen

Khalid, Tajuddin, bertikam lidah pasal “Kok” di Parlimen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parlimen kecoh selepas seorang timbalan menteri Umno menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan Bersih 5, pada Sabtu lalu.

“Yang Seputeh ini kekekek ini pasal apa?

“Satu-satunya perempuan yang ada ‘kok’ ini Seputeh,” kata Tajuddin.

Lalu Teresa Kok bingkas bangun mengatakan,” Ini menteri tidak malu punya,” ujarnya.

Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak beliau Tajuddin menarik balik kenyataan itu.

Sebutan nama ‘kok’ mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun berkata Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Khalid Samad (Parti Amanah Negara-Shah Alam) membantahnya dengan berkata jelas Tajuddin merujuk kepada maksud lain.

“Walaupun dia rujuk pada nama Datuk Speaker kita tahu apa yang sebenarnya dia maksudkan…takda tarik balik..tunjuklah akhlak baik sikit,” ujar Khalid.

Kemudian tercetus perang mulutnya dengan anggota parlimen Pasir Salak itu dan Khalid mengelar kembali Tajuddin sebagai “sial”.

“Buat malu pakai songkok dah lah pakai songkok bahasa… sial punya bahasa. Tarik balik kenyataan itu memalukan saja. Awaklah perangai tak senonoh,”

Lantas dijawab “aleh-aleh apa sial? Kurang ajar .” Lalu dibalas Khalid, “menteri sial jadi menteri yang sial,” balasnya.

Tajuddin berkata “kurang ajar siapa yang sial?” soalnya, jawab Khalid lagi,” awaklah”.

Lantas dicelah Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena)  supaya soalannya dijawab menteri.

“Datuk Seri jawablah soalan saya…pergi melencong ke lain..inilah masalahnya,” ujarnya.

Keadaan semakin kecoh apabila Tajuddin dan Khalid berterusan bertikam lidah.

Bagaimanapun speaker  cuba meredakan keadaan tetapi Tajuddin mencabar mereka selesaikan masalah di luar dewan lalu meninggalkan dewan tanpa menjawab soalan dari Pokok Sena.

Lalu Khalid berteriak,” keluar..keluar…keluarlah,” Lalu Mahfuz berang berkata,” Apa punya menteri…Oiii jawapan soalan aku.. mana,”‘ teriaknya kepada Tajuddin yang terus berjalan keluar dari dewan rakyat hari ini.

Ekoran cabaran dari Tajudin, Khalid telah membuat satu sidang media di luar parlimen dan mendakwa ‘menteri sial’ dalam sidang media itu.

TAGS