Kim Jong-nam masuk tanpa guna nama sebenar, kata timbalan menteri

Kim Jong-nam masuk tanpa guna nama sebenar, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamad mengakui abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam masuk ke negara ini tanpa menggunakan namanya yang sebenar.

Ketika menggulung perbahasan kementeriannya di Dewan Rakyat petang ini, Nur Jazlan berkata, pihak kerajaan hanya mengetahui bahawa beliau adalah Jong-nam selepas siasatan dibuat oleh polis ke atas pembunuhannya.

Kenyataan ini menimbulkan pertelagahan antara beliau dengan ahli parlimen Batu, Chua Tian Chan yang ingin pengesahan dan pengakuan beliau.

Tian Chua ingin tahu, jika kemasukan Jong-nam tidak diketahui, berapa pula bilangan sebenar rakyat Korea Utara yang masuk ke negara ini.

Nur Jazlan mengelak persoalan itu dengan berkata, kerajaan mengetahui kedudukan mereka.

Kim Jong Nam dilaporkan dibunuh menggunakan racun di kaunter daftar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Ia telah menimbulkan pertelagahan antara Malaysia dengan Korea Utara ekoran dakwaan pembunuh beliau masih bersembunyi di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

TAGS