Kisah kelmarin 27 September… bila Tun M ke rumah Mat Sabu

Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah makan di rumah Mat Sabu 27 September lalu dengan dimasak sendiri Presiden AMANAH itu.

Bila Tun Dr Mahathir Mohamad begitu ingin makan masakan air tangan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, permintaan itu disambut baik oleh Abang Mat yang memang berjiwa besar.

Itulah yang dicatat oleh Rohana Ana, aktivis AMANAH yang datang membantu keluarga Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu apabila Pengerusi PH itu datang ke rumahnya malam kelmarin.

Menurut Rohana, bekas jurutera dengan Institut Kerjaraya Malaysia itu, isteri Mat Sabu yang dipanggilnya Kak Normah meminta beliau membantu untuk membuat persiapan meja tetamu beliau iaitu sepasang suami isteri yang istimewa.

Benarlah, tulisnya,  melalui makanan silaturahim terhubung begitu erat.

“Bestnya semalam, Tun M minta sikit jer nasi dan akak terbubuh dua senduk lebih dalam pinggan Tun M dengan ucapan ‘sedap nasi ni dan dimasak sendiri oleh Abang Mat’.

“Tun M jawab ‘kami berdua memang tak makan banyak’,” tulisnya dalam facebook beliau yang kini sedang viral.

Sambil makan mereka berbual-bual.

“Bila nampak nak habis akak tanya, ‘Tun nak tambah?’ dan Tun M mengangguk, jadi akak tambah lagi dua senduk… hihihi… akak memang suka tengok orang makan dan memang masakan Abang Mat sedap sangat-sangat! terbaiklah,” tulis beliau.

Mat Sabu menyiapkan makan malam untuk Tun M di dapurnya.

Menurut Rohana, pembantu Tun M berkata kepadanya, tambah nasi adalah hal tidak biasa dibuat oleh Tun M.

“Itulah nilai silaturahim yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata tapi dengan perbuatan,” catatnya lagi.

Katanya, “walau tetamu hanya sepasang suami isteri tapi semalam memang happening bila Tun M nak balik jiran-jiran menyerbu beliau.

“Masya Allah!” tulis beliau.

Asalnya majlis ni rahsia dan tertutup, namun tak mampu dirahsiakan lagi bila jiran-jiran Abang Mat datang dan mula bergambar, tulisnya lagi.

Jiran-jiran menyerbu Tun M untuk bergambar.

 

Tun Siti Hasmah bergambar dengan Rohana (penulis, kanan sekali) serta isteri Mat Sabu,  Normah Alwi dan jiran-jiran.

 

Penulis melayan Tun Siti Hasmah dan tuan rumah, Normah makan.

 

Penulis bersembang dengan Tun M dan Mat Sabu.

 

Foto ehsan pembantu khas presiden AMANAH, Azhar Mat Dali.

6.7
OVERALL SCORE
: 0.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS