Kita bukan Pas 2.0 kita Amanah, kata Gopalan

Kita bukan Pas 2.0 kita Amanah, kata Gopalan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Pemimpin dan ahli Amanah diminta untuk terus pandang kehadapan tanpa menoleh ke belakang untuk memastikan parti itu berada dipersada politik semasa kata, Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah Gopalan Papachan.

Beliau berkata, dalam usia setahun Amanah parti itu telah menunjukkan ciri-ciri sebuah parti Islamis.

“Amanah sejak setahun dilihat ada ciri parti Islamis apabila mengetengahkan ‘rahmatan lilalamin’ yang saya pasti dalam setahun dua lagi bahasa Arab saya akan lebih bagus (memahami maksud),

” Hari ini kita mesti pandangan ke hadapan dan dalam perbahasan dua hari ini kadungan yang berapi tetapi masih ada neratif parti lama.

“Kita tidak boleh ke depan jika selalu pandang belakang.Kita bukan Pas 2.0 kita Amanah.

“Saya tahu ada banyak kawan dan saudara saudari delegasi berapa dekat dalam parti lama, tidak mudah cuci DNA kita ini,” ujarnya ketika berucap pada penangguhan  konvesyen Amanah Nasional petang ini.

Beliau juga menyentuh persoalan rasis yang dimainkan oleh Umno-BN untuk memecahkan kesepakatan gabungan parti Pakatan Harapan

“Negara kita bukan satu negara.Sebaliknya kita ada negaraMelayu,negara Cina, negara India, negara Malaysia negara Kadazan Dusun, negara Iban,negara Melanau.

“Ini akibatnya polisi perkauman Umno-BN.

“Sekarang ini pula isu perkauman dikaitkan dengan ekstrimis agama.

” Kita jangan isikan pengetahuan dengan ritorik Umno Bn dan media mereka,” ujarnya yang mahu sentiasa diadakan dailog untuk menjawab segala ritorik parti lawan.

Gobalan turut menyentuh mengenai pidato Presiden yang seharusnya diluaskan ke kawasan luar bandar untuk memaklumkan mengenai polisi parti Amanah terhadap beberapa isu berkaitan yang dibahaskan oleh Presiden Mohamad Sabu dalam konvensyen ini.

“Kita bila balik ke cawangan kia boleh gunakan pidato presiden untuk menaikkan pengetahuan neratif mereka mengenai Amanah dari segi polisinya dikalangan rakyat luar bandar,” ujarnya.

Akhir ucapannya Gobalan berkata: “Go Forwad Amanah” mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati parti yang hadir.

Selain Gobalan turut hadir Hu Pang Chaw yang mewakili ahli bukan Melayu dalam jawatankuasa pimpinan parti Amanah Peringkat Nasional.

TAGS