KKM usul Suruhanjaya bebas siasat insiden kebakaran di HSA

KKM usul Suruhanjaya bebas siasat insiden kebakaran di HSA

Satu usul tergempar mengenai insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dibentangkan di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam usul berkenaan mencadangkan agar satu suruhanjaya siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang mengorbankan 6 nyawa semalam.

“Suruhanjaya itu diharap dapat mengenalpasti punca sebenar insiden berkenaan dan memberi cadangan penambahbaikan agar insiden sama tidak berulang,” katanya semasa membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam kejadian semalam seramai enam pesakit maut apabila Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah terbakar.

Dalam perkembangan berkaitan  Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong  turut menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenalpasti punca kebakaran dan merangka langkah pencegahan bagi mengelakan hal seumpama berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak berulang dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Chin Tong berkata demikian ketika beliau dan rombongan Adun dan Ahli Parlimen DAP membuat lawatan ke HSA yang turut dihadiri  Subramaniam semalam.

TAGS