KLCC siap 7 tahun, ubahsuai Parlimen lebih 5 tahun tidak siap, soal MP Segambut

KLCC siap 7 tahun, ubahsuai Parlimen lebih 5 tahun tidak siap, soal MP Segambut

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Lim Lip EngLim Lip Eng (MP DAP-Segambut) hari ini mempersoalkan kerja pengubahsuaian dan baik pulih bangunan Parlimen yang masih lagi gagal disiapkan sejak 2011.

Lip Eng mempersoalkan, sekiranya Menara Berkembar Petronas (KLCC) setinggi 88 tingkat boleh dibina dalam tempoh kurang 7 tahun sekitar 20 tahun lalu, kenapa kerja-kerja baik pulih bangunan Parlimen masih tidak siap-siap selepas 5 tahun?

” Adakah ini disebabkan projek tersebut mengalami penambahan kos atau pihak kerajaan mengalami masalah untuk membayar kontraktor?

” Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerja baik pulih dan ubah suai bangunan itu sudah mencecah 30 peratus siap daripada keseluruhan enam fasa dengan blok utama masih dalam proses baik pulih.

“Beliau juga berkata fasa melibatkan blok utama yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dijangka siap pada Januari 2017 dan persidangan boleh berlangsung semula di tempat asal bermula April 2017.

“Adakah pengumumam beliau tahun lepas itu masih boleh dilaksanakan hari ini? Bolehkah kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara siap pada Januari 2017, kurang dua bulan sahaja lagi?

“Jika tidak, apa sebab kelewatan? Kontraktor utama, sub-kontrakor atau Kementerian Kerja Raya?” soalnya dalam sidang dewan rakyat hari ini.

Menurut Lip Eng lagi jika kita menggunakan teknologi yang ada 20 tahun lalu untuk membina KLCC dalam masa 7 tahun, kita sepatutnya mampu menyiapkan sebuah bangunan Parlimen setinggi 63 tingkat sekarang selepas lima tahun kerja baih pulih dan ubah suai bermula pada September 2011.

“Namun apa yang kita lihat hari ini ialah kumpulan pekerja asing melepak dan tidak pasti sama ada mereka ada permit atau tidak untuk bekerja di tapak pembinaan.

“Sebelum Parlimen bersidang semula tahun hadapan, kerajaan mesti mengumumkan kos sebenar, tempoh siap kerja baik pulih bangunan Parlimen dan apa sebab kelewatan,” ujarnya.

TAGS