Konflik KL-Pyongyang: Tahap diplomasi pentadbiran Najib lemah

Konflik KL-Pyongyang: Tahap diplomasi pentadbiran Najib lemah

Cara pentadbiran negara di bawah teraju Datuk Seri Najib Razak menangani konflik Kuala Lumpur-Pyongyang melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia yang berada di negara tersebut dalam bahaya.

Cara pentadbiran negara di bawah teraju Datuk Seri Najib Razak menangani konflik Kuala Lumpur-Pyongyang melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia yang berada di negara tersebut dalam bahaya.

Salahuddin AyubTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, keengganan pentadbiran Najib menggunakan pihak ketiga bagi menyelesaikan konflik yang berlaku secara diplomasi juga tambah meruncingkan keadaan dan menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa.

“Apabila kerajaan mengumumkan untuk menjadikan mayat Jong nam sebagai tebusan atau pertukaran dengan pegawai-pegawai dan rakyat kita yang di tahan di Korea Utara, ianya telah memberikan persepsi yang kurang bijak.

“Bagaimana skill diplomasi  Malaysia berhadapan isu ini, apatah lagi  dengan negara penyangak seperti Korea Utara. Sekiranya benar ianya satu pilihan, adakah itu pilihan terbaik yang Malaysia ada dan kenapa ia perlu diumumkan terlalu awal?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Salahuddin kesal kerana Malaysia telah memulakan tindakan ‘persona non grata’ dengan cara menghalau pulang Duta Korea Utara sebelum membuat “clearence” iaitu memanggil pulang Duta, pegawai-pegawai dan rakyat Malaysia di Korea Utara terlebih dahulu.

Tindakan gopoh ini, katanya boleh dipersoalkan kebijaksanaannya sehingga akhirnya memangsakan pegawai dan rakyat Malaysia di Pyongyang.

“Kita yakin negara sebenarnya memiliki diplomat dan bekas diplomat yang terlatih dan  cemerlang, bersedia memberikan khidmat terbaik mereka dengan pengarahan yang tepat serta betul daripada pimpinan utama negara.

“Malangnya sejak berlakunya ketegangan KL-Pyongyang dalam isu kematian misteri Jong nam, Perdana Mentari dan Timbalannya termasuk Menteri Luar nampaknya seperti terkapai-kapai, panik dan hilang panduan.

“Sepatutnya pada saat yang begitu kritikal ini kita bercakap dalam laras bahasa dan tindakan diplomatik yang sewajarnya,” jelas beliau.

Malaysia, ujarnya boleh bermula dengan pendekatan “quiet diplomacy” iaitu menggunakan ruang lebih kondusif di Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) dan membuka ruang rundingan dengan Duta Tetap Korea Utara di PBB.

Malah negara, tambah beliau boleh menggunakan forum Asean dengan mengadakan perbincangan bertukar-tukar nota diplomatik dan sekaligus menghantar isyarat kepada Pyongyang bahawa Kuala Lumpur tidak keseorangan dalam menghadapi isu ini.

“Apabila Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu negara ketiga untuk menyelesaikan isu ini, kita merasakan TPM agak gopoh membunuh satu peluang yang ada di hadapan kita.

“Adakah ini satu kenyataan yang  bijak atau hanya sebagai peluang bermegah mengatakan kita ada maruah dan tidak perlu pertolongan orang lain?” soal beliau.

Menurut Salahuddin, bukanlah satu perkara yang mengaibkan bagi negara-negara kecil seperti Malaysia mengunakan khidmat negara ketiga untuk menjadi pengantara rundingan kerana itu adalah sebahagian daripada adat dan resam dunia diplomatik.

“Amat malang dan memalukan apabila pihak kita mengeluarkan kenyataan yang kurang cermat ditambah dengan tindakan yang gopoh. Mengakibatkan dunia mentertawakan kita,” kesal beliau.

TAGS