Konsensus dan muafakat mampu selamat Malaysia, kata Wan Azizah

Konsensus dan muafakat mampu selamat Malaysia, kata Wan Azizah

 

 

 

 

 

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalukan dan menggesa semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalukan dan menggesa semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

Dalam beberapa hari yang lalu, rakyat Malaysia menyaksikan ramai tokoh yang dahulu bersama Umno-BN kini lantang bersuara menyatakan kesediaan mereka untuk bergerak di dalam konsensus atau muafakat politik untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.

“Memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, saya amat mengalu-alukan malah saudara Anwar sebelum ini ada menyebut bahawa kita bukan sahaja mahu orang yang sekarang memegang jawatan Perdana Menteri ditukar, tetapi sistem yang bobrok dan penuh korupsi perlu direformasi dan diperbetul. Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kata Presiden PKR itu lagi, dalam masa terdekat beliau akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan serta parti-parti politik lain, badan-badan bukan kerajaan dan juga individu-individu.

” Tujuannya untuk membincangkan program asas yang dapat dijadikan panduan bersama di dalam konsensus atau muafakat nasional ini. Semoga kita diberi iltizam, kekuatan dan keberanian untuk menyahut cabaran ini,” ujar beliau.

TAGS