Konvensyen Amanah Selangor penuh erti

Perwakilan dan pemerhati yang memenuhi Auditorum MPAJ bagi menyertai Konvensyen Amanah Selangor.

Konvensyen Amanah Selangor yang kedua baru-baru ini telah mencatat sejarah tersendiri apabila ia dilakukan selepas terbentuknya sekretariat Pakatan Harapan di negeri itu.

Konvensyen yang dijangka panas dengan isun kedudukan PH di negeri maju itu menjadi sejuk dan meriah walaupun ada yang masih tidak berpuashati dengan peranan Pas di negeri itu.

Konvensyen yang berjalan di Auditorium MPAJ itu dirasmikan oleh Mohamad Sabu Presiden Amanah yang juga Timbalan Presiden PH.

Dewan auditorium penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati yang datang.

Mereka juga sempat menyatakan simpati terhadap nasib rakyat Rohingya sekarang yang sedang diusir dari tanah air mereka, Myanmar.

Mohamad Sabu memeriksa barisan petugas Alif di dataran MPAJ.

Mohamad menerima cenderamata berupa lukisan beliau di konvenyen Amanah Selangor.

Perwakilan dan pemerhati menaikkan kertas pemidang selamatkan Rohingya di konvensyen.

CATEGORIES
TAGS