Konvensyen Pakatan Harapan pertama hari ini

Konvensyen Pakatan Harapan pertama hari ini

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dewan Konvensyen PH penuh hari ini.

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.

Bahagian belakang dewan konvensyen PH yang turut penuh dengan pemimpin dan penyokong.Konvensyen yang berlangsung di Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam ini dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.

Di samping ucapan pemimpin  sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum di bawa ke sidang para pemimpin utama petang ini.

Di bahagian luar dewan konvensyen, para peserta sibuk mendaftarkan diri sejak jam 8.00 pagi tadi.

Di samping itu, petugas juga sibuk menjual baju Bersih 5 yang akan berlangsung 19 November ini di ibu negara selepas mereka selesai melakukan konvoi di seluruh negara.

Parti-parti PH adalah antara penyokong utama perhimpunan ini walaupun ia dipimpin oleh NGO dan pemimpin masyarakat sivil.

 

TAGS