Konvensyen pertama siapkan Amanah hadapi PRU 14

Konvensyen pertama siapkan Amanah hadapi PRU 14

Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan berlangsung esok dan lusa (Sabtu dan Ahad) di Shah Alam bakal mempersiapkan parti berumur setahun itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan berlangsung esok dan lusa (Sabtu dan Ahad) di Shah Alam bakal mempersiapkan parti berumur setahun itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14.

Ia akan berlangsung di Dewan Konvensyen Shah Alam (SACC) mulai jam 8 pagi dengan majlis perasmiannya bakal berlangsung pagi esok.

Selain pimpinan dan perwakilan utama Amanah dari seluruh negara, semua pimpinan utama Pakatan Harapan termasuk Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai majlis perasmiannya pagi esok.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berharap, semua penggiat partinya dari seluruh negara menyertai konvensyen itu esok walaupun terpaksa turun naik ke ibu negara sejak kebelakangan ini.

“Harapan saya amat tinggi agar semua penggiat parti tidak akan melepaskan satu peluang yang cukup unik iaitu bersama menyertai sebuah konvensyen yang bakal menawarkan harapan baru,” kata Anuar dalam wawancaranya dengan akhbar parti itu, Amanah, yang kini berada di pasaran.

(Wawancara penuh boleh diperolehi dalam akhbar mingguan Amanah yang kini mula berada di pasaran)

Sempena konvensyen ini, Amanah akan memperkenalkan lima tawarannya untuk semua rakyat negara ini untuk dipertimbangkan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Dengan tema “Amanah Demi Negara”, Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan memberikan ucaputama di konvensyen ini.

TAGS