Konvensyen Reformis 2017 akan tuntut pembebasan Anwar

Konvensyen Reformis 2017 akan tuntut pembebasan Anwar

Satu Konvensyen Reformis Malaysia 2017 akan diadakan buat julung kalinya pada 25 Februari depan untuk mengumpulkan sekurang-kurang 1,000 pejuang reformasi di negara ini yang akan menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Satu konvensyen Reformis Malaysia 2017 akan diadakan buat julung kalinya pada 25 Februari depan untuk mengumpulkan sekurang-kurang 1,000 pejuang reformis di negara ini yang akan menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai ikon dan tokoh ulung reformis dan reformasi .

Tema konvensyen pertama diadakan ini adalah “Reformasi Suara Rakyat.”

Pengerusi Otai Reformis 1998 Saari Sungib berkata,jika reformasi adalah perjuangan untuk membebaskan rakyat yang ditindas maka reformis adalah pejuang yang lahir daripada perjuangan yang mulia untuk menentang sistem dan rejim yang zalim.

“Perjuangan reformasi adalah untuk membebaskan golongan yang ditindas.

“Dalam konteks semasa , reformis adalah aktivis yang turut serta dalam perjuangan reformasi sejak 1998 hingga kini,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Bangsar hari ini.

Justeru beliau berkata semua pihak yang mempunyai semangat reformasi dijemput menghadiri konvensyen pertama reformis diadakan ini.

Saari yang juga Pengerusi Konvensyen Reformis Malaysia 2017 ini memberitahu, negara mempunyai lebih kurang 3,000 reformis seluruh negara.

Saari SungibDengan penganjuran konvensyen reformis ini yang dijangkakan akan diadakan di Shah Alam akan dapatkan mengumpulkan seramai 1,000 orang reformis seluruh negara.

“Dalam konvensyen ini akan dijadikan kempen mendesak kebebasan Anwar Ibrahim.

“Selain mendengar pidato, wacana, pencerahan yang akan disertai seramai 20 orang pejuang-pejuang otai reformasi sebagai sebahagian daripada pengisian konvensyen sehari ini,” ujarnya.

Malah kata beliau lagi secara simbolik pengucap utama konvesyen diadakan itu kelak akan menampilkan Anwar.

“Simboliknya tempat duduk beliau akan disediakan pada hari konvensyen berlansung,” ujarnya yang mana urusetia akan berusaha untuk mendapatkan ucapan Anwar pada konvensyen berlansung itu kelak.

Antara tokoh-tokoh reformis yang akan dijemput hadir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan adik beradiknya,Maria Chin Abdullah, Zunar, Tian Chua Sivarasa, Hishamuddin Rais,Mohamad Sabu,A. Samad Said, Syed Hussin Ali,Safwan Anang, Ahmad Lotfi, Lim Guan Eng,Lim Kit Siang,Dinsman,Ahmad Awang,Rosli Ibrahim,Anis Syafiqah, Adam Adli dan Pak Anjal serta beberapa tokoh lagi.

 

 

TAGS