Konvoi Bersih 5 di Kelantan berakhir petang ini tanpa gangguan

Konvoi Bersih 5 di Kelantan berakhir petang ini tanpa gangguan

Konvoi Bersih 5 pusingan ke dua peringkat negeri Kelantan hari ini berlangsung tanpa gangguan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peserta konvoi Bersih 5 Pasir Puteh

Konvoi Bersih 5 pusingan ke dua peringkat negeri Kelantan hari ini berlangsung tanpa gangguan.

“Alhamdulillah pergerakan konvoi yang bermula pagi dari Kota Bharu dan Pasir Puteh bergerak mengikut jadual tanpa sebrang gangguan,” kata Penyelaras konvoi, Abdul Halim Mohamad.

Menurutnya Konvoi dari Pasir Puteh bermula di padang bola Selising dengan aktiviti kebersihan dan jamuan rakyat.

“Konvoi dari Kota Bharu berpadu dengan Pasir Puteh di Pak Badol dan bergerak ke Jelor, Bandar Pasir Puteh, Jeram Linang, Telosan, Jeram dan berakhir di dataran R tengah bandar,” katanya.

Di sepanjang perjalanan katanya, konvoi mengedarkan poster Bersih 5 sambil mengadakan program-program kebajikan,

“Malam ini semua dijemput hadir ke majlis ceramah kempen Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran R,” katanya.

Antara yang akan menyampaikan ceramah katanya ialah penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.

TAGS