Konvoi Bersih 5 Kelantan akan bermula di Wisma Tok Guru

Konvoi Bersih 5 Kelantan akan bermula di Wisma Tok Guru

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Konvoi Bersih 5 dari Kelantan akan bermula dari Wisma Tok Guru di Salor pagi Jumaat ini.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata, anggota rombongan berkenaan akan berkumpul sejak awal pagi untuk mengikuti kuliah mingguan oleh Datuk Husam Musa di situ.

“Kita akan bertolak sebaik selesai kuliah dan akan berhenti solat Jumaat di Kuala krai.

“Di sepanjang perjalanan akan ada beberapa lokasi persinggahan sehingga ke destinasi berkumpul menjelang tengah malam di hentian rehat Genting Sempah.

“Di sini kita akan bergabung dengan beberapa konvoi dari Terengganu dan Pahang dan memulakan acara berjalan kaki ke Bersih 5 bagi mereka yang telah bersetuju mengambil bahagian,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan flashmob kempen bersih 5 di bulatan Pasir Pekan petang semalam.

Menurutnya beberapa acara flashmob adalan terus diadakan di lokasi-lokasi terpilih sehingga 19 November nanti.

“Kita juga akan meneruskan kempen dari medan selera ke medan selera hampi setiap hari untuk meastikan penyertaan Bersih 5 benar-benar meperolehi sasaran,” katanya.

Flashmob yang diadakan di Pasir Pekan itu jelas mendapat sambutan penggguna jalan raya apabila pemabdu kereta dan penunggang motosikal tidak putus-putus membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Acara flash mob itu bagaimanapun berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

TAGS