Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung  kumpulan baju merah

Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung kumpulan baju merah

Bersih 2.0 tidak gentar  dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2  tidak melakukan kekecohan  yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Maria Chin akan melancarkan konvoi Bersih 5 di lokasi Kota Bahru esok.

Bersih 2.0 tidak gentar  dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2  tidak melakukan kekecohan  yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jika berlaku pertembungan diharapkan kedua pihak tidak menimbulkan kekacauan kerana konvoi yang dilakukan ini secara aman.

” Konvoi Bersih 5 hingga kemuncaknya pada 19 November depan dilakukan secara aman dan mendapat permit berhimpun.

“Saya harap dia (Jamal Md Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau bilau terhadap peserta Bersih di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman. Jadi mereka pun kenalah berhimpun secara aman dan  tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peserta yang berhimpun,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Jamal dan kumpulan baju merah dijadualkan akan berada di Perak jam 4 petang ini dan keesokkan pagi kumpulan ini akan bergerak ke pekan Lumut dan ke Teluk Intan.

Kumpulan baju merah ini pernah menangguhkan perhimpunan balas Bersih 4 pada 2015 kerana nasihat daripada pihak polis bagaimanapun dalam Bersih 5, beliau mahu mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis, untuk turun berhimpun dalam  konvoi dan acara kemuncak Bersih 5 diadakan itu.

Konvoi selama tujuh minggu itu juga akan dilepaskan secara serentak  di enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandakan dan Miri, di mana dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung dan berakhir di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Dalam konvoi yang akan bermula esok, Maria Chin dijangka akan melepaskan peserta konvoi Bersih 5 dari Kota Baharu.

Perhimpunan Bersih 5 kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Konvoi Bersih 5 yang akan dilancarkan serentak di beberapa bandar utama di enam negeri esok.

TAGS