KPC perlu ada kaedah eksport keluar stockpile sebelum berakhir moratorium

KPC perlu ada kaedah eksport keluar stockpile sebelum berakhir moratorium

Kuantan Port Consortium (KPC) perlu segera umum kaedah diguna bagi memastikan tempoh sebulan moratorium mengeluarkan dan membersihkan stockpile bauksit yang masih bertimbun di pelabuhan dapat dilakukan mengikut jadual, desak Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kuantan Port Consortium (KPC) perlu segera umum kaedah diguna bagi memastikan tempoh sebulan moratorium mengeluarkan dan membersihkan stockpile bauksit yang masih bertimbun di pelabuhan dapat dilakukan mengikut jadual, desak Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit.

Pengerusinya, Fuziah Salleh menjelaskan, Fasa 1 moratorium bermula pada 15 Januari hingga 15 Februari tempoh itu perlu digunakan oleh KPC untuk memastikan timbunan stockpile bauksit di dalam dan di luar pelabuhan dapat dikeluarkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

“Saya dimaklumkan sebuah kapal telah pun belayar ke Negara China pada Khamis dengan muatan 48,000 ton metrik bauksit.

“Ketika kenyataan ini ditulis ada dua buah kapal lagi yang penuh dengan muatan bauksit sedang berlabuh di Pelabuhan menunggu masa untuk belayar, akan tetapi belum mendapat kebenaran berlayar.

“Manakala lebih kurang 2 juta stokpile masih bertimbun di kawasan Pelabuhan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah SallehAhli Parlimen Kuantan ini memberitahu, memandangkan tempoh pelayaran mengambil masa 10 hari untuk sampai ke Negara China dan perlu mengambil masa beberapa hari lagi untuk masuk ke dermaga pula.

Selepas itu memerlukan lebih kurang tiga hari lagi untuk memunggah turun muatan bauksit dari kapal, ianya memberi indikator bahawa stokpile ini, katanya, tidak mungkin dapat dihabiskan penghantaran ke Negara China sebelum perayaan Tahun Baru Cina bermula.

“Perayaan Tahun Baru Cina di Negara China selalunya bermula satu minggu sebelum dan berakhir sekurang-kurangnya 10 hari selepas tarikh tahun baru.

“Sekiranya dua kapal yang sudah pun ada muatan ini lambat memulakan pelayaran, bagaimana pula dengan stokpile yang bertimbun yang belum pun lagi dimuatkan ke atas kapal?

“Justeru itu saya menggesa pihak KPC berlaku telus dan umumkan segera kaedah bagaimana mereka mahu membersihkan stokpile di dalam kawasan Pelabuhan Kuantan sebelum tamatnya moratorium pada 15 Febuari nanti dengan mengambil kira garis masa perayaan yang saya jelaskan tadi,” ujarnya.

Menurut beliau lagi pihaknya akan sentiasa memantau kemajuan KPC di dalam menguruskan stokpile bauksit ini mengikut jadual yang telah di tetapkan menggunakan kaedah yang tidak menambah kepada pencemaran yang sudah sedia teruk sekarang ini.

Malah beliau menyambut baik keputusan kerajaan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis, berkenaan pengeluaran AP untuk mengeksport bauksit sehingga habis stockpile di pelabuhan Kuantan.

“Inilah sahaja caranya kita boleh memastikan bahawa timbunan stokpile bauksit di Pelabuhan dan di luar Pelabuhan dapat keluarkan dari Kuantan melalui Pelabuhan. Justeru itu kawasan pelabuhan dan sekitar dapat di bersihkan,” ujarnya.

TAGS