KPN arah siasat dakwaan pemilik fb berkaitan status ulasan laporan  Dr Zakir Naik

KPN arah siasat dakwaan pemilik fb berkaitan status ulasan laporan Dr Zakir Naik

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitternya mengarahkan polis memanggil seorang penguna laman facebook yang mencemuh kenyataan Dr Zakir Naik yang disiarkan oleh sebuah portal dengan memetik kenyataan yang disiarkan oleh Sinarharian dalam satu temubual dengan pendakwah dari India itu, semalam.

Pemilik facebook yang mengunakan nama Raveentharan Subramaniam itu telah memuat naik status yang menyebut: ‘… Islam tidak pernah menjadi agama keamanan.”

Khalid dalam twitternya menyebut:” Panggil penama di bawah dan minta dia jelaskan apa yang dimaksudkan, “… Islam was never a religion of PEACE.’

Dr Zakir Naik dalam satu kenyataan yang dilapor Malaymail online semalam,telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah pengganas di tengah-tengah siasatan terhadapnya kerana keganasan di India.

Sebaliknya beliau berkata seseorang yang menuduhnya sebagai penganas boleh menjadi ‘pengganas’ diri mereka sendiri kerana sesiapa yang sengaja menimbulkan persepsi di minda manusia boleh dianggap ‘pengganas’.

“Saya tidak pernah melakukan pemberontakan atau menjalankan tindakan keganasan terhadap manusia sepanjang hidup saya. Saya hanya menyampaikan mesej keamanan kepada orang ramai, kata Dr Zakir dalam satu temu bual di pejabat Karangkraf di Shah Alam, semalam.

“Ada sesetengah pihak yang tidak mahu keamanan di dunia ini. Jadi, mereka membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya,”katanya.

Dr Zakir berkata beliau bersedia untuk pergi ke mahkamah, tetapi hanya dalam gelanggang antarabangsa atau Malaysia.

“Saya meminta kerajaan India untuk mendakwa saya di mahkamah antarabangsa atau di Malaysia,” katanya.

India dilaporkan mengharamkan Islamic Research Foundation (IRF) selama lima tahun bermula November lalu, kerana pihak berkuasa mendakwa berdasarkan keterangan banduan mereka melakukan keganasan kerana didorong oleh Syarahan Dr Zakir.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian, Dr Zakir juga menolak tawaran tanah kerajaan negeri Terengganu untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan.

“Saya tidak boleh menerimanya. Saya telah menerima tawaran yang sama dari negara-negara lain tetapi saya menolaknya.

“Saya bimbang jika saya menerima tawaran itu di sini, negara-negara lain akan berasa tersinggung. Saya tidak mahu hubungan baik saya dengan negara-negara ini akan terjejas hanya kerana ini, “katanya.

Kerajaan negeri Terengganu menawarkan tanah di Tasik Kenyir kepada Dr Zakir untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan Islam.

TAGS