Krisis MB Kedah : Guan Eng nasihati semua pihak hormati protokol istana

Krisis MB Kedah : Guan Eng nasihati semua pihak hormati protokol istana

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua pihak menghormati proses protokol pelantikan Menteri Besar Kedah dan beliau berkata, Ahli Jemaah Pemangku Diraja Kedah ada hak mutlak dalam mesyuarat berkaitan isu berkenaan dan enggan membuat spekulasi berhubung hal itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua pihak menghormati proses protokol pelantikan Menteri Besar Kedah dan beliau berkata, Ahli Jemaah Pemangku Diraja Kedah ada hak mutlak dalam mesyuarat berkaitan isu berkenaan dan enggan membuat spekulasi berhubung hal itu.

Setiausaha Agung DAP ini juga  mengulangi pendirian parti  itu yang berpandangan isu pelantikan Menteri Besar Kedah harus diselesaikan secara demokratik.

“Saya tak mahu buat spekulasi kerana ini hak mutlak Jemaah Diraja dan kita kena hormati hak istana. Kita kena hormati protokol itu. Saya tidak hendak buat spekulasi,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai pergolakan politik di Kedah pada satu sidang media di pejabatnya, hari ini.

“Saya tak mahu buat sebarang andaian kerana ini isu besar melibatkan pelantikan seorang Menteri Besar,” katanya.

Semalam seramai 20 daripada 21 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

Krisis politik di Kedah tercetus berikutan Adun dan anggota Parlimen Umno Kedah, dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 Adun BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Petang ini satu pertemuan diadakan membabitkan 15 Dun parti pembangkang di negeri itu menghadap ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

TAGS