Kritik kepincangan proses pilihan raya bukan jenayah

Kritik kepincangan proses pilihan raya bukan jenayah

Keputusan mahkamah membebaskan aktivis Safwan Anang hari ini menjadi penanda aras untuk anak-anak muda Malaysia bangkit menyuarakan kebenaran, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keputusan mahkamah membebaskan aktivis Safwan Anang hari ini menjadi penanda aras untuk anak-anak muda Malaysia bangkit menyuarakan kebenaran, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.

“Keputusan mahkamah membebaskan Safwan daripada pertuduhan Akta Hasutan juga jadi pendorong untuk anak muda berjuang demi masa depan yang lebih baik.

“Terlebih penting kritikan dan luahan tidak puas hati terhadap proses pilihanraya yang pincang kini jelas bukan satu jenayah,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini membebaskan Safwan daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, denda RM5,000 dan rayuan balas kerajaan yang dikenakan ke atas Safwan dibuang.

Shazni turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh pihak yang memberi kerjasama terhadap kes Safwan selepas ucapan bekas pemimpin mahasiswa itu pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kononnya menghasut.

“Tahniah diucapkan kepada semua pasukan peguam yang telah bertungkus-lumus dan rakan-rakan aktivis yang konsisten bersama saudara Safwan Anang daripada awal perbicaraan hinggalah berakhir dengan keputusan pembebasan sebentar tadi,” jelasnya.

Mengulas pertubuhan ke atas Safwan di bawah Akta Hasutan, beliau berkata, tuntutan supaya peruntukan drakonian itu dimansuh mesti diteruskan.

“Walau keputusan kali ini berpihak kepada rakyat, Akta Hasutan yang digunakan sekian kerap untuk menzalimi para aktivis rakyat tetap merupakan undang-undang yang wajib ditolak.

“Memansuhkan undang-undang rimba ini akan terus menjadi sebahagian daripada perjuangan reformasi institusi sebagaimana diidamkan banyak pihak,” tegas Shazni lagi.

TAGS