Kuasa Perdana Menteri hampir tiada sempadan dengan lulusnya RUU MKN

Kuasa Perdana Menteri hampir tiada sempadan dengan lulusnya RUU MKN

Kuasa Perdana Menteri Malaysia selepas pindaan kepada Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti tiada batasan kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melaui tulisan dalam blognya, chedet.cc hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kuasa Perdana Menteri Malaysia selepas pindaan kepada Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti tiada batasan kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melaui tulisan dalam blognya, chedet.cc hari ini.

“Saya terpaksa baca keseluruhan Perlembagaan dan Akta MKN untuk memahami keperluan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

“Kuasa Perdana Menteri hampir tiada had,” katanya.

17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kini bekas) menyembahkan taklimat mengenai RUU itu pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara.

RUU MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, katanya, keperluan untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengisytiharkan darurat kerana undang-undang yang melindungi rakyat tidak terpakai ketika darurat.

“Tapi sekarang Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Pengerusi MKN akan menasihati Najib sebagai Perdana Menteri. Kuasa Najib jauh lebih banyak daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Sudah tiada lagi keperluan untuk merujuk atau mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Najib sebagai Pengerusi MKN hanya akan menasihati dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan 14 kuasa Perdana Menteri Malaysia yang terdapat dalam Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Senarai 14 kuasa Perdana Menteri yang disenaraikan oleh beliau adalah sewperti berikut

1.Menubuhkan Majlis Keselamatan Negara;

2.Mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara;

3.Majlis menasihati Perdana Menteri – iaitu dirinya sendiri;

4.Berkuasa untuk : memindahkan orang; isytihar perintah berkurung; mengawal pergerakan, jalan, laluan air dan udara; menahan seseorang; geledah dan rampas serta menggeledah premis untuk keadaan yang bahaya;

5.Menggeledah orang untuk keadaan yang bahaya;

6.Merampas kenderaan, kapal atau pesawat;

7.Berkuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta boleh alih;

8.Permintaan untuk menggunakan sumber;

9.Kuasa untuk mengarahkan memusnahkan mana-mana bangunan kosong;

10.Kuasa menggunakan pasukan yang perlu dan wajar;

11. Kuasa untuk mengetepikan inkues;

12.Kewajipan untuk menyimpan rahsia;

13.Perlindungan daripada mana-mana prosiding undang-undang dan

14.Status sebagai pegawai kerajaan.

TAGS