Kuching hos perhimpunan terbesar usahawan tempatan pada April

Kuching hos perhimpunan terbesar usahawan tempatan pada April

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sekitar 5,000 usahawan dijangka berhimpun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, selama dua hari bermula 2 April, bagi menimba pengetahuan tentang perniagaan dan juga kemudahan pembiayaan.

Perhimpunan Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 Sarawak itu dianjur secara bersama oleh Kementerian Kewangan dan Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional.

Selain perbincangan panel, bengkel dan jualan serta pameran, GREAT turut menampilkan sesi membentuk jaringan bagi semua peringkat usahawan, pelabur, institusi pembiayaan dan agensi kerajaan, kata pengurus acara Nana Azmi, Eksekutif Media bzBee Consult Sdn Bhd Communication, dalam sidang media hari ini.

Katanya program akan menumpukan kepada segmen runcit dan perkhidmatan serta keusahawan pelancongan dan kebudayaan serta.

“Usahawan akan diberikan bantuan yang diperlukan seperti mengenal pasti peluang untuk memulakan perniagaan, sektor yang sesuai serta bagaimana mahu memulakan perniagaan,” katanya.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah disebabkan kewujudan kelompok besar bakat-bakat muda yang inovatif.

“Kerajaan mahu mendedahkan mereka kepada pasaran dan permintaan yang ada di Semenanjung Malaysia dan negara-negara ASEAN selain menanam minat keusahawanan dalam kalangan belia,” katanya.

CATEGORIES