Kumpulan warga Bangladesh di KLIA bukan sebahagian 1.5 juta yang akan masuk ke Malaysia

Kumpulan warga Bangladesh di KLIA bukan sebahagian 1.5 juta yang akan masuk ke Malaysia

Rakyat  tidak perlu membuat sebarang spekulasi kemasukan sekumpulan warga asing  dipercayai dari Bangladesh yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai sebahagian daripada kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini seperti di viralkan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kemasukan warga Bangladesh dalam kumpulan yang besar beberapa hari lalu di kesan tiba di KLIA.Rakyat  tidak perlu membuat sebarang spekulasi kemasukan sekumpulan warga asing dipercayai dari Bangladesh yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai sebahagian daripada kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini seperti di viralkan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, beberapa foto yang tersebar itu berkemungkinan adalah di kalangan pekerja asing dari Bangladesh yang telah diluluskan kemasukan mereka sebelum MoU antara kerajaan Malaysia dan India ditandatangani.

Katanya lagi, jika ada penangguhan pengambil warga asing dari negara sumber oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, tidak seharusnya melibatkan kelulusan yang diberikan terlebih dahulu.

“Mereka yang sudahpun masuk ke negara ini adalah dikalangan yang telah dluluskan permohonan mereka sebelum MoU ditandatagani di Dhaka.

“Dalam situasi ini walaupun kerajaan umum penangguhan pengambilan pekerja asing bagi tujuh negara sumber, tetapi ia tidak boleh menyekat kemasukan pekerja asing Bangladesh itu kerana telah ada proses penawaran dan permintaan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh oleh pihak majikan sebelum ini.

“Saya rasa adalah wajar mereka dibenarkan di bawa masuk kerana kos dan persediaan telah pun dibuat oleh pihak majikan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Semalam Malaysia Dateline melaporkan  beberapa foto yang dipercayai telah diviralkan sebagai kemasukan pekerja asing dari Bagladesh yang telah tiba di KLIA  sejak beberapa hari lalu, ketika kerajaan telahpun mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari tujuh negara sumber.

Kehadiran ramai warganegara tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Ahmad Zahid.

Datuk Shamsuddin BardanMenurut Shamsuddin lagi, jika kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan semua proses yang telah dilaksanakan sebelum dan selepas penangguhan diumumkan, situasi itu akan mengundang lebih banyak isu berbangkit membabitkan dua negara dan majikan di Malaysia.

“Keperluan membawa masuk pekerja asing Bangladesh itu adalah keperluan majikan sebelum adanya polisi baru oleh pihak kerajaan dua negara dalam Mou ditandatangani itu.

“ Saya percaya tiada kaitan dengan kemasukan 1.5juta pekerja Bangladesh seperti dihebohkan sebelum ini,” jelasnya.

Malah beliau menolak dakwaan  pemimpin Pas  sebelum ini yang mempertkaikan kejujuran kerajaan ketika mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari tujuh negara sumber adalah satu `pembohongan’ dan `dolak dalik’ kerajaan untuk menghadapi Pilanraya Negeri Sarawak.

“Dalam hal ini saya lebih suka menyarankan kepada kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri menjelaskan duduk perkara sebenar terhadap kemasukan pekerja asing Bangladesh seperti yang diviralkan bagi mengurangkan persepsi kurang baik terhadap integriti kerajaan.

“Saya yakin kerajaan mempunyai integriti untuk tidak berbohong atau berdolak dalik  semata-mata kepentingan politik mereka. Oleh itu kerajaan kena perjelaskan perkara ini agar masyarakat tidak lagi  menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi.

“Majikan pula sememangnya memerlukan pekerja asing dalam tiga sektor utama negara yang mana keadaan ini tidak boleh diisi oleh kebanyakkan rakyat negara ini, ” ujarnya.

TAGS