Lagi bukti akar umbi tolak Ahmad Bashah hasil kajiselidik Think Tank Kedah

Lagi bukti akar umbi tolak Ahmad Bashah hasil kajiselidik Think Tank Kedah

Perang saikologi di kalangan ahli akar umbi Umno terhadap parti mutakhir ini menolak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membuktikan dua kajiselidik pernah dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah dan Think Tank Kedah boleh dijadikan kayu ukur kelangsungan politik negeri itu pada Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

Ahmad Bashah ketika menerima watikah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari lalu di Istana Anak BukitPerang saikologi di kalangan ahli akar umbi Umno terhadap parti mutakhir ini menolak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membuktikan dua kajiselidik pernah dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah dan Think Tank Kedah boleh dijadikan kayu ukur kelangsungan politik negeri itu pada Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

Sebelum itu umum mengetahui secara rasmi kajian dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang mana ramai pihak terutama pemimpin ketua-ketua bahagian dan sayap parti menolak dapatan kajian itu.

Dapatan itu dikatakan tidak relevan kerana hanya mewakili pengguna di laman sosial tidak memihak kepada sebahagian besar rakyat dan ahli akar umbi parti.

Borang kajiselidik dalam talian diedarkan melalui facebook dan whatapps kepada rakyat Kedah oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah.Jumlah responden yang menjawab borang soal kajiselidik dalam talian seramai 10,185 orang dilakukan pada 20-21 Januari lalu, iaitu hari sama ketika sidang media diadakan Ahmad Bashah bersama 14 Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap.

Kajiselidik Think Tank Kedah ini pula dilakukan pada 29-31 Januari ketika suasana agak kritikal bagi menentukan siapakah bakal Menteri Besar baharu bagi mengantikan Mukhriz.

Think Tank Kedah adalah sebuah NGO yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu kajiselidik khas yang telah bekerjasama dengan sebuah universiti awam tempatan di utara tanahair.

Melihat kepada dapatan dilakukan seolah-olah telah melengkapkan satu kajiselidik yang `membulat’ bukan lagi `separa bulat’ yang kini merangkumi semua kumpulan responden yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam krisis kepimpinan di Kedah.

Dalam tempoh tiga hari kajiselidik Think Tank dilaksanakan itu dapatan menunjukkan ‘lima teratas’ Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang layak menyandang jawatan itu sudah mula tersebar termasuk yang tersenarai Ahmad Bashah, Datuk Mohd Rawi Hamid, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Datuk Azmi Che Husin.

Kajiselidik Think Tank Kedah itu dilakukan bertujuan bagi meninjau pandangan pemimpin akar umbi Umno sahaja tidak membabitkan rakyat, pemimpin politik, ketua-ketua bahagian dan sayap parti terhadap krisis Menteri Besar Kedah sebagaimana pernah dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri.

Populasi kajiselidik Think Tank Kedah adalah seramai 2,289 orang hanya membabitkan Ketua-ketua Umno Cawangan daripada 15 Bahagian di negeri Kedah. Ketua-ketua cawangan ini adalah pemimpin akar umbi Umno di peringkat bawahan.

Sebanyak 1,533 orang Ketua-ketua Cawangan telah dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu 2/3 daripada jumlah Ketua-ketua Cawangan.

Semua responden dalam kajian telah dihubungi melalui panggilan telefon. Tempoh tinjauan selama tiga hari dari 29-31 Januari 2016 lalu.

Soalan-soalan kajian
1. Adakah anda bersetuju Menteri Besar Kedah ditukar?
2. Adakah anda setuju YB Datuk Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu?
3. Adakah anda bersetuju dengan tindakan pemimpin Umno Kedah mendesak Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditukar?
4. Pada pandangan anda, siapakah yang layak mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar?

Kajiselidik yang dilakukan oleh kumpulan ThinkTank Kedah.

Dapatan kepada kesemua soalan dikemukakan kepada respondon menunjukkan kecenderungan yang tinggi di kalangan Ketua-ketua Cawangan untuk memihak kepada Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Malah daripada dapatan soalan kajiselidik itu pula, siapa yang layak mengantikan Mukhriz dengan menyenaraikan 10 nama Adun, dapatan menunjukkan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Adun Ayer Hangat) memperoleh 7.8 % iaitu peratusan tertinggi diperoleh berbanding Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (6.8 %) dan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (5.4%).

Justeru tidak hairanlah sehari selepas pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar, ‘siber trooper’ Mukhriz sudah mula menghebahkan tahap akademi Ahmad Bashah yang hanya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), berbanding dua pesaing utama Mohd Rawi dan Ku Abdul Rahman yang mendapat peratusan tertinggi di dalam dapatan Think Tank ini. 

Walaupun Mohd Rawi dan Ku Abdul Rahman di dalam kenyataan media  mereka menyebut Ahmad Bashah adalah : pilihan yang berpengalaman, bertanggungjawab berlatar belakang cemerlang dan mampu untuk menyatukan semula parti.

Mungkin Ahmad Bashah ibarat ‘menang populariti’ kerana menjuarai pertandingan dengan taktik `serang hendap’ yang terancang sekian lama seperti sebuah `bom jangka’ selepas legasi Tun Mahathir Mohamad itu menaiki kerusi panas MB ketika BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat pada PRU12.

Ahmad Bashah juga menafikan dakwaan berlaku paksa rela dan sogokan wang dikalangan 14 Ketua-ketua Bahagian yang akhirnya berpadu menolak kepimpinan Mukhriz.

Sejarah PRU13 lalu atas kehendak pemimpin tertinggi parti, Ahmad Bashah mengorbankan peluangnya semata-mata untuk memberi laluan kepada pemimpin muda seperti Mukhriz legasi Tun Mahathir di negeri  untuk dilantik Menteri Besar.

Pada 4 Februari lalu, impian Ahmad Bashah terlaksana setelah dihujani persepsi  beliau ‘gila jawatan’  untuk  dilantik sebagai Menteri Besar, Namun  atas perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan atas ‘keizinan’ Perdana Menteri yang juga Presiden Umno/ Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Razak,tidaklah dapat untuk sesiapapun mengubah keputusan yang berlaku itu Ahmad Bashah akhirnya menjadi Menteri Besar ke-12.

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘jika tiada angin pokok takan bergoyang’ mengapa tidak Mohd Rawi atau Ku Abdul Rahman yang disebut-sebut bakal mengantikan Mukhriz itu dipilih?

Bersandarkan dua kajiselidik Jabatan Penerangan Negeri dan Think Tank Kedah itu juga boleh dirujuk oleh pimpinan tertinggi parti wahaima Jemaah Pemangku Sultan, untuk menilai suara majoriti responden, dalam membuat keputusan  memilih Menteri Besar.

Setidak-tidaknya dapat memikirkan akan komposisi pemilih 1.2 juta di negeri itu, membabitkan 15 Parlimen dan 36 Dun boleh dikekalkan untuk menghadapi pilihanraya akan datang jika sekalipun mahu menyingkirkan Mukhriz.

Jika kedua-dua dapatan kajian dilakukan itu sengaja diketepikan kerana enggan menerima hakikat kehendak akar umbi parti dan rakyat amnya  tidak hairanlah ramai pihak meramalkan Umno-BN di Kedah akan berhadapan dengan protes rakyat sebagaimana pernah berlaku dalam PRU12 apabila Kedah jatuh ke tangan Pas. Puncanya di atas krisis kepimpinan sama.

Buktinya mudah untuk telahan penolakan itu apabila sudah muncul bendera BN dipasang terbalik sejak beberapa hari lalu membabitkan beberapa Dun maka tidak perlu lagi kajiselidik jika parti mahu mencari punca kenapa pula Umno-BN kecundang dalam PRU14 kelak.

Kesimpulannya hanya jauhari yang mengenal manikam.

Bendera BN sengaja dipasangkan terbalik bukti penolakan ahli akar umbi  parti terhadap Umno-BN

TAGS