Lagi pimpinan DAP selar ucapan dasar berbaur perkauman Najib

Lagi pimpinan DAP selar ucapan dasar berbaur perkauman Najib

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sepatutnya menggunakan peluang dalam perhimpunan parti itu membincangkan masalah menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian bukannya meniupkan sentiman perkauman,, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Liew Chin Tong Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sepatutnya menggunakan peluang dalam perhimpunan parti itu membincangkan masalah menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian bukannya meniupkan sentiman perkauman, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, Najib cuba mengelak dari empat isu utama iaitu cukai GST, skandal terbesar negara 1MDB, penurunan mendadak nilai mata wang ringgit dan kenaikan kos sara hidup hari ini.

“Kehidupan rakyat kebanyakan tidak berada dalam keadaan baik hari ini. Tetapi Najib tidak ada jawapan untuk masalah-masalah mereka. Beliau seperti tidak peduli.

“Malah, beliau gunakan pula elemen perkauman untuk mencetuskan ketakutan,” ujarnya seperti dipetik Roketkini.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyerang DAP bertubi-tubi dengan menuduh parti itu sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kononnya rakyat mesti mengundi Umno supaya DAP tidak akan memerintah.

Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor menjelaskan bahawa pilihan raya akan datang merupakan pertandingan antara satu peratus kroni Najib dengan 99 peratus rakyat Malaysia.

“Semua pihak yang mahu melihat pengakhiran kepimpinan kleptokrasi Najib harus mula merangka strategi untuk berhadapan pilihan raya akan datang. Ini termasuklah juga ahli-ahli Umnoyang tidak bersetuju dengan Presiden mereka.

“Untuk menyelamatkan Malaysia, 99 peratus rakyat ini mesti bangkit,” tegasnya.

Dalam nada sama  hari ini  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  berpendapat fitnah dan sentimen perkauman yang dimainkan Najib terhadap DAP adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan kaum Melayu dan mengalihkan perhatian rakyat daripada kemelut terbesar skandal kewangan negara.

Najib menfitnah kononnya perlembagaan DAP tidak menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak berusaha melindungi hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera.perlembagaan-dap

Namun, tohmahan Najib itu, ujar  Pua lagi,  jelas tersasar daripada hakikat bahawa perlembagaan DAP sememangnya mengangkat semangat Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Deklarasi Shah Alam semasa Persidangan DAP 2012.

“Adakah Najib Razak buta huruf sehingga beliau tidak faham apa yang tertulis dan diterbitkan (dalam perlembagaan DAP) oleh DAP sebelum ini?

“Atau adakah beliau sengaja memfitnah untuk mengapi-apikan kebencian perkauman di kalangan kaum Melayu supaya segala skandal beliau, termasuk penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB dan SRC International ke dalam akaun peribadi beliau dilupakan?” soalnya.

 Semalam  Ahli Parlimen Gelang Patah turut menempelak ucapan dasar dbuat Presiden Umno itu. Kit Siang dipetik berkata, Najib berada dalam situasi panik dan terdesak kerana menuduh DAP semberono akan musnahkan institusi Melayu dan Islam.

“Bagaimana mungkin kaum Melayu yang mendominasi 70 peratus kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia akan tewas kepada kuasa politik Cina yang hanya mempunyai 13 peratus kerusi Parlimen?” soal Ketua Parlimen DAP ini.

TAGS