Langsung Kuning Bersih 5:  Persekitaran luar, dalam KLCC ditawan Kuning

Langsung Kuning Bersih 5: Persekitaran luar, dalam KLCC ditawan Kuning

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peserta demontrasi Baju Kuning sudah berarak menuju ke Dataran  Merdeka dari Bangsar.

Pihak keselamatan memisahkan dua kumpulan Baju Merah  dan  Baju Kuning  .

Kumpulan Baju Merah berkumpul di Padang Merbok manakala Baju Kuning di Masjid Negara bagi mengelakkan mereka bertembung.

Sejak jam 10 pagi beberapa pemimpin politik dan pemimpin Bersih menyampaikan pidato.

12.49: Pihak urusetia pidato memaklumkan peserta Bersih 5 dari Bangsar sedang bergerak ke arah Dataran Merdeka.

Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, seluruh dunia tahu tentang jenayah rompakan oleh pemerintah di sebalik skandal s1MDB.

“Kita malu menjadi rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Umno Najib dan Rosmah.

“Saya pun malu sebagai Ahli Parlimen. Seluruh dunia tahu kleptokrasi 1MDB. Ahli Parlimen yan dilantik rakyat pun tidak dibenarkan bertanya di Parlimen.

“Kalau kamu (Najib). Tunggu yang akan bertanya suara-suara rakyat. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara kita tidak boleh berhimpun kerana.

“Ini jawapan paling tolol oleh Menteri Dalam Negeri. Menteri-menteri Kabinet pun tolol. Polis kena jaga orang berhimpun secara aman bukan jaga orang yang mahu buat kacau,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dalam cuaca panas terik hari ini, Dr Mujahid menegaskan “percintaan” rakyat Malaysia terhadap negara yang bebas rasuah tidak harus dihalang.

“Kita rakyat Malaysia berhak untuk berhimpun. Kalau Baju Merah ada agenda besar buatlah esok himpunan. Bersih sudah mohon untuk berhimpun sejak Oktober lepas.

“Kenapa orang yang mahu berhimpun aman ditangkap. Maria Chin dan ramai lagi ditangkap. Sepanjang siri Bersih tiada keganasan berlaku.

“Kita bukan negara polis yang ditentukan geng baju Merah. Kita ditentukan Perlembagaan untuk bebas bersuara dan berhimpun,” ujarnya lagi

Dr Mujahid turut menyampaikan pidatonya hari ini.

 1.04 petang:  Sebanyak tujuh trak FRU kini berada di LRT Masjid Jamek untuk menutup jalan ke arah Dataran Merdeka. Peserta Bersih 5 yang beragama Islam mengerjakan solat zohor di Masjid India.

1.10 petang : Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi tumpuan peserta Bersih berbilang kaum untuk mengambil gambar kenangan di hadapan trak FRU.

2 petang: Aktivis Reformasi  Nora dan rakan-rakannya mengajak orang ramai terus membeli kemeja T-bersih dengan harga RM15 berbanding RM20 sebelum ini.

2.10 petang: Aliran pergerakan peserta sedang meuju ke stesen LRT Masjid Jamek elepas diarahkan oleh Urusetia Bersih.

Aktivis Nora menjual baju Bersih 5 dengan harga RM15 sahaja pada hari ini.

2.10 petang: Aliran pergerakan peserta sedang menghala ke KLCC selepas diarahkan oleh pihak Keselamatan Bersih dari Masjid Jamek.

2.30 petang : Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Mazian turut kelihatan alam Himpunan Bersih 5 dalam perarakan hari ini.

Walaupun himpunan kali ini tidak disertai oleh Pas dengan memberi alasan ‘Politik Matang’ namun terdapat juga pemiminnya hadir selain Nik Mazian.

Pada ketika ini juga dilaporkan sebahagan peserta di sekitar Jalan Masjid India dilihat berpatah balik kerana mendakwa jalan menuju ke KLCC ditutup sepenuhnya.

3.00petang: Peserta Bersih kini masih lagi kelihatan memenuhi  stesen LRT  untuk ke Masjid Jamel dan menuju ke KLCC setelah dimaklumkan mereka akan berkumpul di sana selain lokasi di Dataran Merdeka yang kini dikawal ketat oleh FRU.

3.10 petang:  Penyokong Pakatan Harapan menyifatkan Pas sebagai jauh tersasar daripada perjuangan rakyat.
“Cuba kalau jalan-jalan tidak ditutup. Saya naik LRT. Saja bagi bergaduh. Geng Merah patutnya dia (kerajaan) suruh buat hari lain,” Jalaludddin Sulaiman dari Lembah Jaya, Ampang.
Beliau berkata, kepimpinan Pas tidak jujur untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Nampak sangat Pas hari ini membenarkan kepincangan pentadbiran kerajaan yang zalim. Perjuangan Pas sudah lari. Tiba-tiba nak berkawan dengan BN.

“Pakatan Harapan mahu pilihan raya yang bersih. Malangnya, hari ini dengan sikap Pas mereka dijangka tidak lagi mendapat pilihan,” tegasnya lagi yang hadir bersama rakan beliau, Abdul Ghani Sulaiman.

Abdul Ghani  (kiri) dan Jalaluddin

 3.15 petang: Cuaca mulai kelihatan mendung.Peserta Bersih 5 masih lagi ramai berararak ke KLCC.

Peserta Bersih 5 petang ini masih lagi berpusu-pusu menaiki LRT untuk menuju ke KLCC.

3.40 petang: Ribuan peserta Bersih masih kelihatan berarak di sepanjang Jalan Ampang berdekatan Taman Eko Rimba menuju ke KLCC. Sorakan “Turun Najib” kedengaran dan sepanduk “Makhluk Persoak No 1” turut kelihatan. Anggota sukarelawan am Bersih dilihat mengutip sampah sepanjang perjalanan. Peserta Bersih berbilang kaum berjalan tenang dengan sebahagiannya berbuat dan berswafoto.

3.50petang:  Lima polis trafik mengawal lalulintasx di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail berdekatan Hutan Lipur Bukit Nanas. Ramai lagi peserta Bersih berarak menuju KLCC. Turut kelihatan sukarelawan Keselamatan Bersih berkemeja T-Ungu mengawal pergerakan peserta. Penjaja air yang ditemui memberitahu kali ini peserta himpunan Bersih lebih ramai hadir  berbanding sebelum ini.

Peserta Bersih 5  bertali arus menuju ke KLCC.

4.00petang:  Jumlah peserta baju merah kini dianggarkan melebihi 40,000 orang. Mereka kini bukan sahaja dilihat berada di luar kawasan KLCC malah pusat membeli belah KLCC hari ini dipenuhi dengan peserta Baju Kuning. Himpunan dijangka tamat hingga jam 6 petang ini.

Peserta himpunan Bersih 5 kini sudah menawan kawasan persekitaran jalan raya hadapan KLCC daan di dalam pusat membeli belah KLCC.

 5.00 petang: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berucap dengan diakhiri sorakan “Bebas Rakyat”. Sebahagian peserta pula mendesak kelompok media yang bercampur dengan Special Branch (SB) yang berdiri supaya duduk.

“Duduk Abang Jamal,” jerit seorang peserta Bersih 5 terhadap beberapa individu dipercayai SB yang berdiri menghalang penglihatan ke pentas utama.

Pada masa sama, awan gelap berarak dengan kedengaran guruh berdentum. Lim Kit Siang dalam ucapannya mengajak rakyat menolak kerajaan kleptokrasi.

5.15 petang – “Duduk”, “duduk”, “duduk”. Desakan peserta himpunan Bersih 5 yang duduk di jalan raya berdekatan bangunan Lembaga Getah Malaysia terhadap beberapa media dan individu dipercayai SB yang menghalang penglihatan audiens ke pentas utama.

Pada masa sama, ucapan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad tenggelam timbul dengan kualiti rendah pembesar suara.

5.30 petang: Ceramah Bersih diakhiri dengan nyanyian lagu Negararu. Hujan lebat selepas itu menyebabkan peserta segera bersurai. LRT stesen di KLCC sendat dengan peserta Bersih 5 yang mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Terdapat peserta yang meluahkan kekecewaan mereka terhadap MO1 .

Peserta yang kemalangan minggu lalu, turut hadir menyokong Bersih.

Dianggaran 40,000 penyokong Bersih 5 mencipta sejarah berbanding kehadiran penyokong sebelum ini.

TAGS