Langsung Merah Bersih 5:  Peserta merah mula bersurai

Langsung Merah Bersih 5: Peserta merah mula bersurai

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

4.45 pm:Sehingga jam 4 petang tadi dimaklumkan Exco Pemuda Umno Armand Azha bersama seorang lagi penyokong Baju Merah telah di tahan polis ketika kumpulan itu berada di Sogo. perkara ini dimaklumkan Penasihat Undang-undang Gerakan Merah Datuk Mohd Imran Tamrin.

Kami berjaya, kata peserta baju merah

Ahmad Yani dakwa merah berjaya, kuning sudah bersurai ketika peserta Bersih berhimpun di KLCC.4.40 pm: Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ahmad Yani Ahmad Aziz mendakwa himpunan Bersih 5 tidak mendapat sambutan sebaliknya himpunan baju merah mendapat sambutan anak muda.

“Himpunan Bersih hari ini tak ada matlamat. Hanya ramai Cina tua dan orang tua berbanding baju merah yang dipenuhi anak muda,”

Beliau juga mendakwa matlamat baju merah tercapai kerana menghalang baju kuning daripada membuat kacau.

“Seperti Datuk Jamal kata, di mana ada kuning di situ ada merah. Kuning dah bersurai, kami pun bersurailah,”katanya ketika kesemua peserta baju kuning berhimpun di perkarangan KLCC.

 Peserta merah mula bersurai

4.30 pm: Peserta baju merah yang berhimpun di Jalan Raja Laut mula bersurai dari sini dan hanya hanya tinggal kira-kira 30 orang sahaja. Mereka membawa haluan masing-masing.

Ketika bersurai, ada antara mereka singgah ke kedai makan dan juga terdapat segelintir yang masih lagi ‘melepak’ di tepi jalan di Jalan Raja Laut.

Mereka dikatakan berjalan menuju ke PWTC kerana dipercayai bas yang membawa mereka ke ibu negara berada di sana.

Peserta baju merah semakin kurang di Dang Wangi.

4.05 pm: Kumpulan baju merah masih berkumpul di hadapan Jalan Dang Wangi namun bilangan mereka semakin kurang di sini selepas peserta Bersih bergerak ke KLCC.

Pencetus provokasi ditangkap

3.30 pm:  Jalan Raja Laut – Polis menahan seorang penyokong Baju Merah yang cuba membuat provokasi kepada peserta Bersih.

Merah laungkan ‘barua’ pada Kuning.

 

Gadis penyokong baju kuning ini memerhatikan gelagat dua penyokong baju merah yang sedang memilih  air minuman berperisa karbonat yang dijualnya.

2.00 petang:  Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Armand Azha apabila kelihatan peserta baju Merah membeli  air minuman yang dijual oleh peserta Baju Kuning. Ibarat kata makanan menyatukan peserta untuk bersama  berhimpun secara aman.

Arman Azha ketika ditemui media setelah tiba di Padang Merbok hari ini sebelum kumpulan Baju merah berarak ke Dataran Merdeka.

Pihak keselamatan memisahkan dua kumpulan Baju Merah dan Baju Kuning .

Kumpulan Baju Merah berkumpul di Padang Merbok manakala Baju Kuning di Masjid Negara bagi mengelakkan mereka bertembung.

1.00 petang: Exco Pemuda Umno Armand Azha yang tiba di padang Merbok dari Pusat Dagangan Dunia Putra  mngetuai kumpulan Baju Merah setelah ketuanya Datuk Seri Jamal Md Yunos masih lagi ditahan reman.

Beliau berkata mahu himpunan baju merah diadakan secara aman.

“Relaks. Ini membuktikan demontrasi ini berlansung aman tidak seperti baju kuning. Hari ini kita buktikan bahawa tiada kekerasan dan radikal di kalangan baju merah,” ujarnya.

 

TAGS