Larangan bertudung: PBT disaran tarik lesen pengusaha hotel

Larangan bertudung: PBT disaran tarik lesen pengusaha hotel

Tan Sri Noh Omar

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung semasa bertugas, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata dasar melarang pekerja wanita Islam memakai tudung adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dan hak asasi yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa.

“Jika benar ada aduan ini saya sarankan supaya PBT menarik balik lesen yang dikeluarkan dan hotel ini sepatutnya tidak boleh beroperasi kerana hak asasi sebagai orang Islam wanita wajib memakai tudung walaupun ia melibatkan hotel antarabangsa.

“Pihak perhotelan antarabangsa sepatutnya lebih rasional kerana hak kebebasan agama, berpakaian diperjuangkan di peringkat antarabangsa…tak kan nak pakai tudung tak boleh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah Swee Hee mengenai dasar larangan bertudung di bahagian depan diamalkan rangkaian hotel antarabangsa menerusi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS