Layanan sangat baik untuk propaganda Israel, dakwa Dr Fauziah

Layanan sangat baik untuk propaganda Israel, dakwa Dr Fauziah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan menyifatkan, tindakan tentera Iarael memberikan layanan terbaik dan membebaskan mereka secepat mungkin adalah sebahagian dari propaganda Israel.

“Bagi saya itu propaganda mereka untuk menampilkan mereka sangat baik,” kata Dr Fauziah dalam wawancara pertama selepas tiba di Malaysia hari ini.

Menurut Fauziah, mereka bukan saja dilayan baik bahkan sangat baik serta cuba untuk melepaskan mereka secepat mungkin.

“Kami ditahan tidak sampai 24 jam, secara tepatnya 22 jam,” kata Fauziah dalam wawancara itu.

Dr Fauziah bersama 12 lagi wanita dari seluruh dunia menyertai “Woman’s boat to Gaza’ bagi menyampaikan bantuan untuk penduduk Gaza yang sedang dikepong oleh Israel.

Sebagaimana dijangka, mereka ditahan oleh tentera Israel sebaik saja masuk ke wilayah itu.

Beliau yang kelihatan ceria berkata tidak pernah merasa kesal selepas ditahan kerana ia memang sudah dijangkakan.

“Kami sudah diberitahu beberapa kali kemungkinan ini akan berlaku, dan kami bersedia dan tenang ketika menghadapinya,” katanya.

Menurut Dr Fauziah, pihak tentera Israel cuba melepaskan mereka secepat mungkin selepas segala keterangan diambil.

Bagi beliau, misi ini berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku di Gaza di samping menghantar mesej kepada penduduk Gaza bahawa dunia mengambil tahu apa yang berlaku kepada mereka.

“Kita berjaya memberikan hope (harapan) kepada penduduk Gaza,” katanya lagi.

13 wanita termasuk beliau akan berjumpa semula di Stockholmes, Sweeden 17 Mei tahun depan bagi membincangkan misi seterusnya selepas misi baru-baru ini yang dianggap beliau sebagai berjaya.

 

TAGS