Lebih afdal Mubarak Selangor  pujuk Najib letak jawatan

Lebih afdal Mubarak Selangor pujuk Najib letak jawatan

Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar sewajarnya lebih afdal memujuk Perdana Menteri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan berbanding menjadi orang tengah sebagai pendamai antara Najib dan Tun Mahathir.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Khairuddin Abu HassanYang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar sewajarnya lebih afdal memujuk Perdana Menteri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan berbanding menjadi orang tengah sebagai pendamai antara Najib dan Tun Mahathir.

Cadangan itu dibuat bekas ahli Umno  Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang berkata,sesiapa sahaja yang berprinip tegas berteraskan hukum agama sudah pasti tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran rasuah serta salah gunas kuasa.

“Mungkin Tan sri (Abu Hassan Omar) tak faham isu kot? Kami rakyat jelata di seluruh negara sedang melawan kemungkaran rasuah dan salahguna kuasa yang sedang membelenggu kepimpinan Najib.

“Atau pun lebih afdal bagi Tan sri menasihati Najib untuk buat laporan polis seterusnya menyaman The Wall Street Journal serta sarawak Report secara rasmi serta merta kerana menuduh Najib rasuah serta menyeleweng berbillion ringgit wang 1MDB

“Berita ini tersebar ke seluruh dunia. Ia amat memalukan perdana menteri Malaysia dan menjejaskan reputasi negara Malaysia di kacamata dunia luar.

“Bolehkah Tan Sri jadi orang perantaraan tanya Najib kenapa beliau tak mahu saman the wall street journal serta sarawak report?,” soalnya kepada  Malaysia Dateline.

Semalam Bernama melaporkan Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan bersedia menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan pertikaian pendapat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata langkah berkenaan diambil demi kepentingan semua pihak, malah menyifatkan perbezaan pendapat yang berlarutan sama ada melibatkan kepentingan peribadi atau sebaliknya harus diselesaikan secara rundingan dan pertemuan.

Kata Khairuddin lagi, sepatutnya Mubarak Selangor boleh memainkan peranan jadi orang perantaraan dalam isu-isu ini kerana seluruh rakyat malaysia serta orang luar amat hairan kenapa perdana menteri Malaysia takut untuk bertindak.

“Tan Sri bolehlah memaklumkan kepada najib rakyat dan ahli Umno akar umbi sedang menolak kepimpinannya. Lagi lama Najib berpaut kepada jawatan perdana menteri serta presiden umno selagi itulah Umno mahupun kerajaan bakal ditolak rakyat jelata pada PRU 14 kelak.

“Biar kita hilang seorang pemimpin korup daripada hilang parti Umno serta barisan nasional buat selamanya,” tegasnya.

Khairuddin mengisytiharan beliau keluar Umno pada hari sama Tun Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar Umno pada 29 Februari lalu. Khairudin juga antara salah seorang individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diketuai Tun Mahathir pada 4 Mac  baru-baru ini.

TAGS