Lebih ramai lagi “Mukhriz” akan lahir di Kedah dan negara, kata Mahfuz

Lebih ramai lagi “Mukhriz” akan lahir di Kedah dan negara, kata Mahfuz

Lebih ramai lagi "Mukhriz" akan dilahirkan di Kedah dan negara kerana keberanian dan kelantangan  dalam menegur dan mengkritik Presiden Umno, tanpa menghiraukan akibat yang bakal dihadapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar Lebih ramai lagi “Mukhriz” akan dilahirkan di Kedah dan negara kerana keberanian dan kelantangan  dalam menegur dan mengkritik Presiden Umno, tanpa menghiraukan akibat yang bakal dihadapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau berkata,kecekalan dan ketegasan  bekas Menteri Besar  Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu sebenarnya menjadi kebanggaan rakyat Kedah khususnya dikalangan generasi muda di negeri itu.

“Sepatutnya lebih ramai Mukhriz yang dilahirkan di Kedah dan Malaysia.Tetapi apa yang berlaku Mukhriz cuba dilenyapkan dari pengaruh kuasa politik dan kedudukan beliau dalam kerajaan negeri Kedah.Kedah kehilangan seorang pemimpin yang berdiri dan jatuh atas perinsip perjuangan untuk negeri dan rakyatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Mahfuz satu-satunya Ahli Parlimen dari Pas sejak awal krisis berlaku hebat mengkritik dan mempertahankan kepimpinan  Mukhriz.

Hari ini beliau bersama penyokong Mukhriz  masih lagi dilihat mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Mukhriz di pejabatnya sehingga kelibatnya juga berada dalam pertemuan Mukhriz dan  Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali  akhirnya  menghantar Mukhriz ke Lapangan Terbang Kepala Batas petang tadi.

Kata Mahfuz lagi, Mukhriz boleh memilih jalan untuk selamatkan diri dengan menjadi’ pak turut dan pengikut yang setia membabi buta kepada Presiden partinya untuk kepentingan diri, namun perkara itu tidak dilakukan oleh Mukhriz.

Mahfuz (kanan duduk)  ketika berada di  Lapangan Terbang Kepala Batas  memberikan sokongan sebelum Mukriz  berlepas ke Kuala Lumpur petang tadi.“Perletakan jawatan MB Kedah oleh Mukhriz suatu yang menyedih rakyat Kedah.Beliau tiada pilihan disebabkan majoriti Adun Umno-BN dikatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.

“Dari awal lagi pendirian saya sangat jelas.Apa keperluan untuk tukar MB Kedah?

“Proses nak tukar MB pula dibuat dengan mencetuskan keresahan pada rakyat yang sedang menghadapi kemelut dan krisis ekonomi yang membawa mereka berdepan dengan beban kehidupan yang sangat teruk.

“Kini rakyat diheret untuk berdepan dengan kemelut dan krisis politik yang dicetuskan bagi menyempurnakan agenda melenyapkan musuh politik kepimpinan Perdana Menteri di Putrajaya,” ujarnya.

Beliau yang begitu obses dengan krisis berlaku di negeri itu berkata, Mukhriz menjadi mangsa kepada ketegasan dan keberaniannya kerana berani untuk berkata benar dihadapan Presiden Umno yang bergelumang dengan segala salah laku dalam isu 1MDB,RM2.6 bilion,rasuah dan GST yang membebankan rakyat.

“Tetapi yang dipilih ialah kebenaran dan keadilan untuk rakyat.Syabas sahabat ku Mukhriz,” ujarnya meluahkan rasa simpati terhadap bekas Menteri Besar itu.

TAGS