Lip Eng mahu Rahman mohon maaf, namakan satu syarikat didakwa sokong Bersih

Lip Eng mahu Rahman mohon maaf, namakan satu syarikat didakwa sokong Bersih


Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu Datuk Abdul Rahman Dahlan menamakan satu syarikat yang didakwanya menyokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan disenaraihitamkan oleh kerajaan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Lim Lip Eng Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu Datuk Abdul Rahman Dahlan menamakan satu syarikat yang didakwanya menyokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan disenaraihitamkan oleh kerajaan.

Lip Eng dalam kenyataannya berkata, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga harus menarik balik kenyataan berbau ugutan itu dan memohon maaf sekiranya gagal berbuat demikian.

“Bolehkan Rahman menamakan satu syarikat penaja BN yang telah disenaraihitamkan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini?

“Rahman patut menarik balik ugutannya dan memohon maaf sekiranya beliau tidak mampu memberi walaupun satu nama syarikat yang dilayan buruk oleh kerajaan Pulau Pinang dan Selangor hanya kerana perbezaan politik,” ujarnya dalam kenyataannya hari ini.

Lip Eng berkata dengan kenyataan Rahman itu menjadikan mengejutkan dunia perniagaan kerana kerajaan kerajaan mengugut untuk menyenarai-hitamkan syarikat yang membiayai gereakan Bersih daripada mendapat kontrak kerajaan.

Walaupun begitu beliau mempersoalkan, bagaimana caranya untuk memastikan tidak ada satu pun anak syarikat kepada mana-mana syarikat besar atau pegawai tinggi syarikat terkemuka menaja Bersih

“Adakah Rahman akan mencadangkan satu borang deklarasi baru untuk syarikat-syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan?”ujarnya.

Lip Eng juga menyentuh keadaan sama berlaku kepada 1MDB apabila bank-bank luar negara sedang disiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram bersama individu yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Official 1’.

“Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat sedang menyiasat dan mendakwa bank-bank serta pegawai mereka ekoran tuduhan pengubahan wang haram dan penipuan melibatkan syarikat dana berdaulat negara Malaysia, 1MDB.

“Malah DOJ mengaitkan individu ‘Malaysian Official 1’ – yang Rahman sendiri mengakui (sebanyak dua kali) adalah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak; dalam saman sivil untuk menyita aset bernilai US$1 bilion.

“Bukankah siasatan dan tindakan mahkamah ini semua juga bertentangan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai Rahman Dahlan?

“Bukankah sepatutnya Rahman menggesa Kerajaan untuk memutuskan pertalian dengan enam negara ini, terutamanya dengan Amerika Syarikat?,” soalnya.

Justeru menurut Lip Eng lagi dunia perniagaan dan politik sepatutnya diasingkan dan tidak dijadikan mangsa, sepertimana kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang masih berurusan dengan syarikat-syarikat yang memang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan BN.

TAGS