Logo Halal tidak perlu diganti baharu elak keliru

Logo Halal tidak perlu diganti baharu elak keliru

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim kerana ia hanya akan mengelirukan pengguna, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata logo halal sedia ada yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah memadai malah ia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Pakai saja logo halal sedia ada daripada Jakim,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program perangi dadah habis-habisan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Tajuddin mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin supaya kerajaan mewujudkan logo halal khusus untuk produk-produk Muslim yang dikeluarkan oleh usahawan industri kecil dan sederhana Islam.

Cadangan sama turut dibuat Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

TAGS