Lubok Merbau di Perak catat suhu paling panas

Lubok Merbau di Perak catat suhu paling panas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kawasan Lubok Merbau di Perak mencacatkan bacaan suhu tertinggi semalam berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini dengan bacaan 37.9 selsius.

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Langkawi masih mencatatkan bilangan hari tanpa hujan paling lama setakat ini iaitu selama 41 hari sejak fenomena El Nino melanda negara.

Kawasan kedua mencatatkan bilangan hari paling lama tanpa hujan ialah Arau, Perlis iaitu selama 36 hari.

“Orang ramai dinasihatkan untuk agar mengurangkan aktiviti luar dan banyakkan meminum air,” kata kenyataan itu.

TAGS