Lutfi Othman akan mula menulis untuk Malaysia Dateline

Lutfi Othman akan mula menulis untuk Malaysia Dateline

 

Penulis dan pengarang Ahmad Lutfi Othman akan mula menulis dengan Malaysiadateline.com tidak lama lagi.

Bekas ketua pengarang Harakah itu baru sahaja tamat perkhidmatannya dengan Harakah selepas tidak disambung kontraknya bulan ini.

Lutfi yang tidak berapa sihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini sedang mempertajam semula bakat menulis beliau selepas sekian lama berehat.

Lutfi menyertai kumpulan pertama kakitangan Harakah mulai tahun 1987 dan dilantik menjadi Pengarang Kumpulan pada awal tahun 1990-an bagi menggantikan Zin Mahmud yang menyertai kumpulan akhbar Watan ketika itu.

Namun selepas enam bulan memegang jawatan itu, Lutfi berhenti meninggalkan Harakah selepas tidak selari dengan pengarah urusannya ketika itu, Azizan Razak (Allahyarham Tan Sri).

Lutfi menyertai semula Harakah sebagai Ketua Pengarang bagi menggantikan Suhaimi Mokhtar (Allahyarham) sehinggalah beliau berehat beberapa tahun kemudian akibat kurang sihat.

Lutfi terkenal dengan Catatan Hujung dalam akhbar Harakah dan banyak menghasilkan buku-buku politik.

Yang terbaru adalah Lorong Sunyi Media Bebas, sebuah buku kumpulan tulisan rakan-rakannya untuk Lutfi.

TAGS