Mahasisiswa Amanah mahu AUKU dimansuh

Mahasisiswa Amanah mahu AUKU dimansuh

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahasiswa Amanah berharap ahli-ahli Parlimen Amanah dapat menyuarakan serta memohon akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dapat dimansuhkan .

“Akta zalim ini terus digunakan pemerintah untuk menutup mulut mahasiswa dari menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat dan negara,” kata Pengerusi Mahasiswa Amanah,Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda ketika berucap pada penangguhan konvensyen nasional Amanah di Shah Alam petang.

Isu Auku katanya, memberi cengkaman terhadap mahasiswa.

“Baru-baru ini Universiti Malaysia mengenakan tindakan kepadaa Anis Syafiqah atas kesalahan menganjurkan himpunan tangkap MO1,” katanya.

Menurutnya bajet pendidikan pada tahun hadapan dikurangkan kepada 19.23%  atau  RM1.456 billion.

“Harapan mahasiswa kepada pimpinan Amanah adalah bersama membantu serta memperjuangkan apa yang dihadapi kini,” katanya.

Mahasiswa Amanah kata beliau akan menyuarakan kepada pimpinan Amanah supaya segala program serta aktiviti yang dianjurkan Amanah perlu melibatkan mahasiswa.

“Sebuah parti dapat bertahan adalah dengan melibatkan generasi muda terutama golongan mahasiswa yang merupakan pelapis akan datang.

“Malah mahasiswa Amanah berharap isu yang dihadapi oleh mereka dapat didengari dan diselesaikan dengan bantuan pimpinan Amanah,” katanya.

TAGS