Mahathir ajak rakyat turun Bersih 5

Mahathir ajak rakyat turun Bersih 5

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat menyeru rakyat menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada 19 Novemberi ini.

Dengan memakai baju-T Bersih 5, beliau muncul dalam video berdurasi 1 minit 37 saat menyatakan sokongannya terhadap Bersih 5.

“Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.

“Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi Bersih di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain,” kata Mahathir.

“Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia.

“Inilah harapan saya dan saya harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan oleh Bersih,” katanya dalam video di https://youtu.be/qX9OIYYRcbM

Pada Ogos 2015, Mahathir membuat kejutan apabila hadir dalam Bersih 4 bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali.

TAGS